Ingatan Pedas!!!!PAS tak perlu bersangka baik terhadap penentang hudud, ultra kiasu

BANGI, 6 April – PAS tidak perlu bersangka baik lagi terhadap parti ultra kiasu dan penentang hudud, malah sudah sepatutnya parti itu meninggalkan pakatan rakyat (PR) kerana mereka yang memusuhi Islam adalah musuh PAS juga.

Pendakwah yang kerap menyerang ultra kiasu, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, juga berpendapat sikap negatif dan bermusuh parti ultra kiasu semakin menyerlah walaupun sudah sekian lama PAS berdakwah dan menerangkan hudud kepada mereka.

“Memandang musuh hudud terlalu ramai, PAS sudah sepatutnya keluar dari PR. Jika mereka memusuhi Islam, maka mereka adalah musuh PAS.

“PAS tidak perlu bersangka baik lagi, bagi tujuan dakwah. Sekian lama berdakwah dan menerangkan hudud, adakah mereka (ultra kiasu) semakin lembut terhadap Islam dan hudud? Tidak sama sekali. Malahan, sikap negatif dan bermusuhnya semakin menyerlah,” katanya dalam artikel terbaru disiarkan Sinar Harian, hari ini.

Beliau juga berkata, kajian dilakukan Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) negeri itu adalah lebih tepat berbanding kajian yang dibuat ultra kiasu.

“Kajian mereka (ultra kiasu) melaporkan 81 peratus responden Melayu-Islam mahukan Kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pasca banjir daripada pelaksanaan hudud.

“Berbanding kajian Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) negeri tahun lalu, membuktikan 91 peratus rakyat Kelantan bersetuju dengan hudud. Kajian siapa yang betul? Logiknya sudah tentu kajian JTH lebih tepat, kerana responden tidak bias. Semua orang Kelantan.

“Jika bertanya kepada musuh Islam, sudah tentu jawapannya sudah diketahui. Orang Islam sendiri ada yang menjadi penentang tegar hudud, terutama yang menganut fahaman sekular dan sosialis. Justeru, saya tidak pernah ambil kisah kajian ultra kiasu. Awal-awal lagi telah bias,” katanya.

Ustaz Ridhuan Tee turut memetik kata-kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai hasrat Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan boleh dicapai jika sedia bermula dengan kesalahan terletak di bawah Senarai Negeri.

“Beliau (Tun Abdul Hamid) berkata antara kesalahan yang terkandung dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ialah kesalahan melakukan zina, menuduh seseorang berzina, meminum minuman memabukkan dan murtad,” katanya.

Bagaimanapun, Parlimen perlu terlebih dahulu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk membolehkan Badan Perundangan Negeri berbuat demikian. Undang-Undang itu adalah di bawah Senarai Negeri, terpakai hanya kepada orang Islam dan ditadbir oleh mahkamah syariah.

Sambil menyindir parti Gerakan dan MCA yang mengundi parti ultra kiasu, mempermainkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU), beliau mencadangkan PAS juga bertindak demikian memberi undi kepada orang calon Islam yang tidak menentang hudud walaupun dia daripada UMNO.

Ustaz Ridhuan Tee juga berpendapat PKR akan terus berusaha memastikan PAS berada dalam PR kerana mengharapkan sokongan daripada ahli dan penyokong parti itu untuk menang kerusi pilihan raya.

“Semua orang tahu, PKR menang banyak kerusi selama ini, bergantung kepada undi (penyokong) PAS, selain ultra kiasu. Begitu juga kerusi ihsan yang diberikan kepada PKR oleh PAS di kawasan yang ditandingi PAS selama ini, terutama di Kelantan dan Terengganu. Negeri lain pun sama.

“Rasionalnya, Pas tidak perlu menyerahkan kerusi yang ditandingi selama ini kepada PKR. Tetapi, atas dasar sepakatan, PAS rela berkorban. Inilah sifat mulia PAS. PKR tahu semua itu. Namun, sokongan PAS masih belum mencukupi tanpa sokongan ultra kiasu untuk kekal berkuasa di Selangor.

“Maka tidak hairan, jika PKR akan terus berusaha untuk memastikan PAS tetap kekal dalam PR, walaupun telah didesak ultra kiasu agar PAS dikeluarkan. Melayu PKR tertekan antara diluah mati emak, ditelan mati bapa. Ultra kiasu PKR mungkin tidak, kerana bila-bila masa mereka boleh pergi kepada parti ultra kiasu. Itulah realiti PKR,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana