Haron Din: PasMa ibarat 'meludah ke langit yang akhirnya terkena ke muka sendiri'

BANGI: Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang gemar mengkritik dan menghentam secara terbuka pimpinan PAS ibarat 'meludah ke langit yang akhirnya terkena ke muka sendiri', kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata sebagai ahli PAS, tindakan segelintir pemimpin PasMa mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam parti itu.

"Namun demikian penekanan yang perlu kita hadapi sekarang ini bahawa kita nak menyatupadukan semua penyokong-penyokong PAS.

"Kita nak cuba meleraikan kekusutan yang mungkin timbul lebih-lebih lagi ada kaitan dengan tertubuhnya apa yang dipanggil PasMa," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.

Haron turut mengulangi larangan Majlis Syura Ulama terhadap ahli PAS supaya tidak terlibat dengan Pasma yang disifatkan bertentangan dengan dasar parti Islam tersebut.

"Sepatutnya memang cantik bahawa PasNa ditubuhkan untuk yang bunyinya untuk membantu Pakatan Rakyat, PAS dan mengukuhkan parti.

"Cantik tapi yang menjadi bualan masyarakat umum itu yang sedang kita pantau dikatakan ada di kalangan yang menubuhkan PasMa ini lebih seronok atau lebih terpanggil mengkritik PAS lebih banyak.

"Dilihat dan dinilaikan dalam mengkritik PAS dengan perkataan mencela sesetengah pemimpin, itu maknanya macam kita meludah ke langit akan timpa diri sendiri," katanya.

Untuk rekod, PasMa yang diterajui Datuk Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos 2013 dan strategi jangka panjang NGO berkenaan adalah satu ciptaan untuk persiapan menjadikannya parti politik menggantikan PAS.

PasMa ditubuhkan ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kala­ngan pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

PasMa dikatakan didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.

Tiada individu yang agung, kukuh dan kuat tanpa sebarang masalah

Tegas Haron, sepatutnya PasMa yang dianggotai ahli PAS tidak bertindak demikian sebaliknya menggunakan saluran parti untuk menyuarakan pandangan selain memperbaiki kelemahan yang ada secara dalaman.

"Sebabnya yang menubuhkan PasMa pun ahli-ahli PAS dan yang menyokongnya ahli-ahli PAS.

"Kalau ahli PAS patutnya menyokong dan mendokong PAS bukan mencerca atau mencaci, kalau ada kelemahan kita baiki  bersama," katanya.

Jelas pengamal perubatan Islam ini, tiada individu atau parti yang sempurna tanpa sebarang masalah di dunia ini.

"Kerana tidak ada insan yang cukup-cukup agung, kukuh, kuat dan tiada masalah...semua ada masalah, bila ada masalah kita tampung-menampung.

"Jangan didedahkan kepada masyarakat, kalau ada masalah dalaman parti selesaikan dalaman tapi dengan menghebohkan di luar dan sebagainya menimbulkan kebisingan selain tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Justeru beliau mengingatkan ahli PAS agar berpegang teguh kepada prinsip parti dan berjuang bersama di bawah satu wadah bukan sebaliknya.

"Oleh itu penekanan saya dan juga anggota yang ada dalam Majlis Syura Ulama ini sentiasa memantau, mencari serta memberi nasihat dan mengajak semua pihak bersatu di dalam satu wadah perjuangan yang namanya PAS bukan menggunakan wadah yang lain," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana