Haram undi calon tolak Hudud - PAS Permatang Pauh

Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Badrul Abdul Rahman (gambar), keputusan mendesak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataan tidak menyokong Hudud adalah usul dari Dewan Pemuda PAS Kawasan berkenaan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan itu semalam.
"Kenyataan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh itu adalah mewakili suara akar umbi PAS Kawasan, bukan pendirian peribadi beliau. Ia adalah usul oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh pada 19 April lalu.

"Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan sayangkan Pakatan Rakyat (PR) dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR. Ini disebabkan PR berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian.

"Penduduknya juga daripada kalangan mereka yang kuat fahaman agama. Ini adalah luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh Pas Kawasan dan cawangan," katanya.
'
Sebelum ini Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan berkata, parti itu hanya akan turun membantu PKR sekiranya Dr. Wan Azizah menarik balik kenyataannya tidak menyokong hukum hudud yang akan dibentangkan di Parlimen pada penggal akan datang dan turut meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badrul berkata, hudud adalah perkara yang 'Dharuri' dalam Islam yang membawa maksud, secara asasnya umat Islam yang mempelajari agama akan memahami ia adalah syariat iaitu perintah Allah yang wajib hukumnya untuk dilaksana ke atas umat Islam.

Katanya, membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan akidah umat Islam serta sudah tentu haram dan berdosa.

"Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin juga telah digariskan oleh Islam. Jadi apa pula hukum mengundi calon yang menolak hudud," ujarnya.

Beliau memberi peringatan menerusi surah An-Nisa ayat 85: "Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kata beliau, bagi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk terus kekal menjadi milik PR dalam PRK 7 Mei ini, Pas Kawasan Permatang Pauh mendesak agar PKR dan pemimpinnya yang telah menolak serta menghina hudud menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh, diikuti 3 Mei pengundian awal dan 7 Mei pembuangan undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana