Hadi tetap bentang RUU hudud dan tunggu respon PKR, DAP

GOMBAK: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin beliau dapat membentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bersabit hudud oleh kerajaan negeri Kelantan pada sidang Dewan Rakyat kelak yang berakhir pada 9 April depan.

"Insya-Allah sekurang-kurangnya bacaan kali yang pertama (pada sidang) kali ini. Insya-Allah," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan taklimat Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak hari ini.

Malah, Hadi berkata beliau tetap akan membentangkan rang undang-undang tersebut dan selebihnya ahli Parlimen Marang itu hanya akan tunggu dan lihat apakah langkah sewajarnya yang bakal diambil kelak.

"Itu kita tunggu dulu (untuk lihat) sejauhmana respon mereka berhubung apa yang kita ingin tunaikan terhadap kewajipan kita.

"Kita akan bentang di parlimen kemudian kita akan tengoklah perkara selanjutnya," kata Hadi yang dipetik sebuah portal.

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dari Umno dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu.

Sekiranya pindaan akta itu diluluskan dengan mendapat sokongan majoriti mudah ahli Parlimen, Kelantan sudah boleh melaksanakan 4 daripada 6 peraturan syariah yang dicadangkan.

Kerajaan negeri PAS Kelantan kini berpatah arang, berkerat rotan apabila menjadi sasaran kritikan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang berkeras membantah pelaksanaan hukum itu meskipun ia tidak melibatkan bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana