Hadi Awang dikutuk secara terbuka oleh pemimpin DAP Katanya "Padan Mukanya"

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikutuk secara terbuka oleh pemimpin DAP ekoran Himpunan HINDAR bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kurang mendapat sambutan.

Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu di laman sosial Facebook memuatkan status ‘padan muka Haji Hadi’, “padan muka UG (Kerajaan Perpaduan) yang merujuk kepada Himpunan HINDAR di Padang Merbok pada Sabtu yang tidak mencapai sasaran.

Dia memuatkan status dan beberapa keping gambar sekitar Himpunan HINDAR pada 11 April, kira-kira jam 11.30 malam.

Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu telah digunakan untuk menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain.

“Digunakan hentam Mat Sabu dan pejuang PAS yang liberal,” tulis bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu.

Ronnie Liu pernah menjadi EXCO Kerajaan Tempatan dan Penyelidikan Negeri Selangor selama sepenggal dan pada PRU-13, namanya telah digugurkan dalam senarai calon.

Hubungan PAS dan DAP ibarat ‘retak menanti belah’ ekoran bercanggah pendirian dalam beberapa isu terutama Hudud di Kelantan dan isu Menteri Besar Selangor.

Malah, DAP Sarawak dan Sabah telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti Islam itu.

DAP dikatakan menyokong beberapa pemimpin PAS yang liberal untuk menggantikan kepemimpinan yang sedia termasuk Abdul Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana