GERAKAN kerja keras pastikan BN rampas kerusi Permatang Pauh...Jangan Cakap Saja Lah

BUKIT MERTAJAM: GERAKAN melalui 3,000 anggotanya di Permatang Pauh akan bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 7 Mei ini.

 Presidennya, Datuk Mah Siew Keong, berkata jentera pilihan raya parti akan menemui setiap pengundi di kawasan itu dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pembangkang. "Saya yakin prestasi kami di Permatang Pauh akan lebih baik.

Walaupun kami bertanding di kawasan kubu kuat pembangkang, ia tidak bermakna kami tiada harapan untuk menang. Tidak ada apa yang mustahil dalam politik. "Jika dahulu kami berjaya merampas kembali Teluk Intan, tidak mustahil juga boleh menang di Permatang Pauh...yang penting sekarang ialah semangat dan keazaman tinggi sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana