EXCO kata tiada larangan umat Islam jual arak tetapi…

SHAH ALAM, 9 April – Kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai sebarang dasar melarang individu Islam untuk menjual arak di premis perniagaan, termasuk di kedai serbaneka 24 jam, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) pada sidang DUN Selangor, hari ini, beliau berkata, larangan itu juga tidak terdapat dalam syarat pengeluaran lesen penjualan minuman keras.

Amiruddin sebelum itu ingin tahu sama ada kerajaan Selangor menetapkan dasar khusus melarang umat Islam di negeri ini terlibat dalam aktiviti penjualan minuman keras.

Ean Yong bagaimanapun, berkata orang Islam di negeri ini tidak digalakkan membabitkan diri dalam sebarang aktiviti penjualan arak.

“Kerajaan negeri sedang melaksanakan langkah pengawalan kendiri bagi penjualan minuman keras berkenaan kepada mana-mana umat Islam termasuk individu golongan bawah umur,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga mempunyai satu jawatankuasa khusus yang dipengerusikan pegawai daerah bagi menentukan sama ada lesen berkenaan perlu dikeluarkan atau sebaliknya di kawasan tertentu.

“Bagi langkah pengeluaran lesen (penjualan arak), perkara itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dengan sokongan polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Kesihatan,” katanya.

Ismaweb difahamkan, peraturan pihak berkuasa kerajaan tempatan bagaimanapun bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang menetapkan umat Islam di negeri ini boleh dikenakan tindakan jika terbabit dalam penjualan atau meminum arak.

Seksyen 18 (1) menyebut:

Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 18 (2) pula menyebut:

Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana