Eswaran Diminta Henti Keruhkan Hubungan Dr M-Najib: Syed Ali...Bagi Admin Jangan KEruhkan Lagi Keadaan Lah...Kita Sayang Kedua Dua Ini

PETALING JAYA: Umno Bahagian Cheras menempelak kenyataan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K.K. Eswaran yang mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan apa-apa terhadap kaum India.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Eswaran tidak perlu 'bermain kotor' semata-mata hanya untuk mendapatkan perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Eswaran tidak sepatutnya mengambil kesempatan kritikan Dr Mahathir terhadap Najib untuk kepentingan diri sendiri.

"Oleh kerana Eswaran menyokong Najib, ia bukan jaminan kepada dakwaan dan kritikan terhadap Dr Mahathir.

"Saya juga menyokong Perdana Menteri tetapi saya tidak menyerang Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri," kata Syed Ali.

Beliau berkata daripada cuba mengeruhkan lagi hubungan antara Najib dan Dr Mahathir, Eswaran seharusnya fokus dalam memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India.

Katanya, bekas perdana menteri itu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mengekalkan dan mengukuhkan keharmonian kaum di Malaysia.

"Dan semasa kepimpinannya, Dr Mahathir sentiasa menyediakan peruntukan kepada masyarakat India menerusi rancangan ekonomi negara ini," katanya.

Baru-baru ini, Eswaran mendakwa Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa untuk kebaikan masyarakat India.

Sambil mengingatkan Eswaran bahawa Dr Mahathir memainkan peranan penting dalam mengubah negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada apa yang dicapai pada hari ini, Syed Ali berkata walaupun pada 1990-an, bekas perdana menteri itu berpandangan jauh untuk mewujudkan Koridor Raya Multimedia bagi meningkatkan pembangunan teknologi maklumat.

Katanya, Eswaran sepatutnya fokus dalam menyelesaikan masalah dan bukannya cuba mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua pemimpin terkemuka itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana