Ekonomi Selangor makin kukuh berbanding 2014, dakwa MB Selangor...Nampak Tak Memperlekehkan Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membayangkan kedudukan ekonomi negeri itu semakin kukuh sejak beliau menerajui negeri tersebut.

Ini berikutan Selangor hari ini mencatatkan peningkatan rizab berjumlah RM3.5 bilion yang tertinggi berbanding tahun 2014.

"Kewangan semakin kukuh jika dibandingkan 2014 yang lalu. Pada 31 Disember kita hanya mencatatkan rizab kerajaan negeri bernilai RM3.2 bilion.

"Tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja, dalam tempoh tiga bulan pertama kita berjaya mencatatkan 41% peningkatan bermaksud tambahan rizab sehingga bernilai RM300 juta," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Pangsapuri Alam Budiman U10 Shah Alam, pagi ini.

Azmin tidak pula mengulas tempoh itu terlalu singkat untuk dibanggakan memandangkan Selangor berdepan dengan pelbagai masalah yang belum diselesaikan.

Antaranya isu perjanjian air, pungutan sampah secara efisyen, keadaan jalan raya yang berlubang, kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan tumpuan dan banyak lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar juga membangkitkan dalam Parlimen baru-baru ini bahawa jumlah pelaburan, tarikan pelabur untuk menanam modal dan bilangan pekerjaan di Selangor semakin merosot, sejak kerajaan negeri berada dibawah pimpinan Azmin.

Sebelum Azmin, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga pernah mencanang kerajaan negeri berjaya menyimpan rizab hampir RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak menjadi menteri besar Selangor pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola keupayaan kerajaan negeri yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti.

Bagaimanapun Khalid dikirtik banyak pihak termasuk Penasihat Enokomi Selangor yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bekas menteri besar itu gagal membelanjakan semula rizab tersebut untuk kebajikan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana