Demonstran tuntut tindakan segera terhadap pemilik TMI ....Biadap Patut DiAjar

Sekumpulan 15 demonstran berhimpun di luar pejabat The Edge Weekly dan The Malaysian Insider (TMI) hari ini jelas memberi terlalu banyak kredit kepada seorang individu – “taikun” Tong Kooi Ong – kerana kononnya mampu mengganggu keharmonian antara kaum di Malaysia.

Mewakili beberapa kumpulan hak Melayu, beliau mendakwa Tong melalui medianya (termasuk radio BFM 89.9) bertindak bagi “pihak asing” dengan “agenda tersembunyi” untuk menyerang Melayu, Islam dan institusi diraja.

Tidak memadai dengan penahanan penerbit The Edge Media Group Ho Kay Tat dan empat editor tertinggi TMI atas tuduhan menghasut, Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh juga mendesak tindakan sama dikenakan terhadap Tong.

Hamdan turut mengatakan kumpulannya akan membuat laporan polis terhadap Tong di IPD Dang Wangi esok (3 April), serta memberi tempoh tujuh hari kepada beliau untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

“Tong Kooi Ong adalah orang yang perlu didakwa menghasut kerana beliau membawa agenda tersembunyi untuk memulakan kejatuhan Islam dan Majlis Raja-raja Melayu,” katanya.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada Tong, TMI dan The Edge selama 20 minit, sementara sejumlah kakitangan berkumpul di sekitar mereka – sebahagiannya tertanya-tanya, sementara yang lain kelihatan geli hati.

Demonstran bukan sekadar membuat dakwaan yang dibesar-besarkan, mereka malah berhimpun di hadapan pintu utama Menara KLK, Mutiara Damansara – di mana pejabat The Edge dan TMI berada – yang salah.

Mereka membawa sepanduk yang antaranya tertera: “Tangkap Tong Kooi Ong” dan “Malaysian Insider hina Raja2 Melayu”.

Hamdan juga berkata, kakitangan yang ada di situ beruntung kerana mereka “tidak membakar bangunan” atau “memusnahkan The Malaysian Insider”, dan memberi amaran kepada Tong agar “tidak buat bodoh” memandangkan itu hanya pusingan pertama protes terhadapnya.

Sementara banyak kumpulan hak asasi tempatan, serantau dan antarabangsa menunjukkan solidariti bersama TMI dan The Edge, pengkritik kedua-duanya kekal mengatakan penangkapan yang dibuat sah kerana kebebasan akhbar tidak sama dengan apa yang dikatakan sebagai “kebebasan untuk berbohong”.

Antara yang mempertahankannya adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang menyifatkan ia dibuat secara “betul” kerana wartawan tidak melangkaui undang-undang, dan TMI telah menerbitkan artikel yang mengandungi “pembohongan”.

Pada 25 Mac lalu, TMI menerbitkan kenyataan yang didakwa dibuat Majlis Raja-raja berhubung penolakannya terhadap cadangan pindaan perlembagaan bagi membenarkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan.

Namun, kenyataan itu dinafikan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad. Beliau juga membuat laporan polis berhubung isu itu, tanpa secara langsung mengaitkan TMI atau kakitangannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini hari ini memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, “tiada arahan politik” dikeluarkan bagi menahan Ho, Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadique dan tiga editor; Lionel Morais, Amin Shah Iskandar and Zulkifli Sulong.

“Style saya, saya bagi sepenuh kuasa kepada ketua-ketua jawatan termasuk ketua polis (untuk melaksanakan tugas).

“Tindakan mereka berdasarkan akta dan bidang kuasa yang diberikan,” katanya seperti dipetik.

Pemerhati sebelum ini menyatakan penangkapan tersebut mungkin berkaitan dengan siri pendedahan oleh The Edge Financial Daily dan TMI berhubung dakwaan salahlaku dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memang, isu yang dibangkitkan artikel terbabit akan segera dilupakan, jika ia tidak ditukar menjadi isu besar oleh penguasa, yang kemudiannya mencetuskan kecaman media terhadapnya.

Pihak yang mengkritik “reaksi berlebihan” pihak berkuasa juga mengatakan, artikel terbabit tidak menyentuh apa-apa yang boleh dianggap menghasut, apatah lagi mampu mencetuskan ketegangan.

Dan ia pastinya tidak akan terus berpanjangan, jika 15 demonstran ini tidak mencetuskan kekecohan di pejabat The Edge tengah hari tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana