DAP dan PAS perlu 'berpantang'.... Amboiii Dr Mariah Sayang Sangat Kah DAP NI

KUALA LUMPUR: Pemimpin kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) yang bertelagah bersabit isu hudud, iaitu DAP dan PAS, perlu 'berpantang' daripada memberikan kenyataan kerana dikhuatiri boleh mengusutkan lagi hubungan yang telah bermasalah.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pendekatan yang paling sesuai jika mahu hubungan kedua-dua parti kembali jernih adalah memperlahankan rentak 'serangan mulut' sebelum kembali ke meja perbincangan secara empat mata.  

"Saya berpandangan positif bahawa lebih baik bercakap sedikit daripada menimbulkan apa-apa lagi kegelisahan antara DAP dan PAS.

"Banyak tahap komunikasi ini.. kalau kita boleh berpantang sedikit dan sejuk sedikit, kemudian duduk semula semeja untuk berbincang... mata ke mata,"ujarnya kepada Antarapos.

Hubungan PAS dan DAP pada masa kini dingin berikutan tidak senada bersabit isu hudud, yang mana DAP menuduh PAS membelakangkan PR kerana tetap bertegas mahu melaksanakan hukum kanun jenayah syariah itu di Kelantan.

DAP mendakwa hudud bukan agenda bersama PR, namun PAS menegaskan hudud tetap akan diperjuangkan mengambilkira konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudahpun menghantar notis usul persendirian bersabit pembentangan rang undang-undang itu kepada Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan kepada DAP sekaligus membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan pemimpin ulama itu, namun masih komited dengan PAS dan ingin kekal bersama PR.

Secara tidak langsung, ia memperlihatkan strategi DAP yang mahu menyingkirkan Hadi secara halus.

"Sebenarnya kami tak ambil pusing orang di luar parti bercakap. Presiden adalah lambang parti kita, selagi beliau dikehendaki dan disokong ahli PAS, maka itulah Presiden kita.

"Saya tak mahu buat spekulasi apa tindakan dan tujuan mereka (DAP). CUma kami di peringkat ahli Parlimen dan wakil rakyat, kami masih bekerjasama seperti biasa dan saya rasa bagi masa sedikit perkara ini sejuk dan diapi-apikan. Kerana mungkin ada masalah komunikasi. Pada saya ia lebih kepada (masalah) komunikasi,"ujar Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Mariah juga berkata, Hadi tetap akan menerajui PAS selagi mana diperlukan oleh parti walau dikecam hebat ekoran bertegas melaksanakan hudud.

"Kita tetap satu.. kita satu entiti yang bergerak bersama. Apa pun yang kita hadapi, kita hadapi bersama," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana