Dalam keadaan kerajaan dibelenggu rasuah dan ketirisan, GST tetap haram - PAS...Kenapa Mufti Kelantan Kata Lain?

UALA LUMPUR:  PAS tetap menegaskan bahawa hukum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah haram dan bukannya harus seperti yang pernah dinyatakan beberapa pihak sebelum ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulamanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, hukum haram itu adalah berdasarkan situasi negara kini yang masih dibelenggu isu ketirisan dan rasuah, yang mana ia tidak mengizinkan cukai berkenaan dilaksanakan.

"Kali ini kita lihat isu GST merupakan bukan saja isu zalim kepada rakyat tapi dalam waktu yang sama GST bercanggah dengan prinsip Islam.

"Haram pungut cukai jika ada ketirisan dalam kerajaan. Kalau tak sunyi daripada cerita ketirisan, rasuah, maka dalam situasi ini kerajaan tak boleh bebankan rakyat dengan cukai," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapannya di Himpuan Derita Rakyat (HINDAR), sebentar tadi.

Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum pelaksanaan GST yang mula berkuatkuasa 1 April lalu itu adalah.

Pandangan yang sama turut disuarakan Mufti Kelantan, Mohamad Syukri Mohamad.

Justeru Nik Zawawi menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan mana-mana ilmuan bagi membincangkan hukum pelaksanaan cukai itu.

"Saya bersedia bersemuka dengan ilmuan tapi dengan syarat ia mesti dalam televisyen," ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan boleh melakukan pelbagai cara lain untuk menjana pendapatan negara berbanding mengenakan GST, antaranya dengan menarik lebih ramai pelabur asing ke negara ini.

Sementara itu menjelang jam 8.00 malam, bilangan penyokong yang membanjiri Padang Merbok dianggarkan berjumlah melebihi 3,000 orang.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yaakob adalah antara pemimpin tertinggi PAS yang kelihatan buat masa ini.

Penyokong juga sebentar tadi mendirikan solat Maghrib secara berjemaah dengan diimamkan Ahmad, sebelum turut mendirikan solat sunat hajat.

Selepas ini sesi berucap akan bersambung dengan diambil alih pimpinan tertinggi parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana