Cuba Masuk Dewan Undangan Negeri Selangor.....Cikgu Ekhsan bakal berdepan tindakan tegas?

SHAH ALAM 12 April – Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee Badarul Hi­s­ham, 24, yang cuba memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun golongan itu kepada wakil rakyat namun berjaya dihalang baru-baru ini berkemungkinan menerima tindakan tegas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya meminta guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Kapar itu memberi penjelasan berhubung tindakannya tersebut dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya, berdasarkan jawapan kepada surat yang dihantar oleh JAIS itu, pihaknya akan meneliti bentuk tindakan selanjutnya terhadap Ekhsan Bukharee.

“JAIS mengemukakan surat mohon penjelasan kepada beliau (Ekhsan Bukharee) pada Khamis lalu. “Kita beri tempoh dua minggu untuk (beliau) jawab surat tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana