Calon presiden PAS tak semestinya ulama - Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata calon kerusi presiden tidak semestinya datang daripada golongan ulama atau mereka yang arif dalam soal mengeluarkan hukum agama.

Sebaliknya ujar beliau apa yang lebih penting adalah memiliki ciri kepimpinan.

Malah beliau mengingatkan perwakilan supaya tidak tersilap memilih pemimpin bagi memastikan agenda parti dapat diteruskan bersama pakatan pembangkang.

“Ketokohan daripada segi keagamaan tidak menjadi satu kemestian untuk jawatan presiden. Jika ada, ia kelebihan dan jika tiada, (pilih) calon yang memiliki ciri kepemimpinan, tapi jangan jahil dalam agama.

“Ustaz Hadi mungkin yang terbaik, tapi muktamar perlu pilih pemimpin atas dasar peranan yang perlu dimainkan.

“Jangan pilih atas dasar siapa yang 'fakeh' (faham agama) kerana kelayakan itu ialah untuk pemilihan Majlis Syura Ulama,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Ditanya samada Naib Presiden Datuk Husam Musa layak menggantikan Hadi, Khalid berkata Husam mampu mengemudi PAS, sama seperti hadi serta Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden Ahmad Awang.

Beliau berkata, pemilihan kepimpinan PAS setiap dua tahun dilakukan atas dasar samada sudah terlaksana atau tidak matlamat yang ditetapkan pada muktamar terdahulu.

"Sebagai contoh, muktamar dua tahun lalu memutuskan PAS memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, sekarang kita perlu nilai di bawah kepimpinan yang ada, adakah matlamat itu tercapai. Kalau tak tercapai, sepatutnya muktamar kali ini kita tukar (pemimpin), cuba orang lain pula," katanya lagi kepada akhbar itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana