Cadangan Kit Siang “Selamatkan Malaysia” Hanya Untuk Survival Politik Dap

KUALA LUMPUR, 6 April – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Haji Ruslan Kasim berkata, kerajaan dan UMNO perlu berhati-hati dengan cadangan Penasihat Dap, Lim Kit Siang yang meminta diwujudkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang atas alasan menyelamatkan Malaysia kerana dibimbangi wujudnya unsur-unsur udang di sebalik batu.

Jelas beliau, cadangan Kit Siang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara BN dan pakatan pembangkang dengan alasan untuk menyelamatkan Malaysia dilihat lebih kepada usaha Dap untuk menolak sebarang pelaksanaan hudud di negara ini.

“Jika Kit Siang benar-benar ikhlas mahukan kerajaan perpaduan ini demi untuk kelangsungan dan kemakmuran negara, maka tidak ada masalah tetapi apa yang kita bimbangkan ialah kemungkinan ada udang di sebalik batu sebagaimana hari ini kita dapat lihat pakatan pembangkang diambang kehancuran berikutan isu hudud.

“Selain itu, kita juga bimbang sekiranya cadangan beliau itu hanya semata-mata untuk menyelamatkan survival politik Dap saja dan untuk meneruskan agenda mereka dalam menolak sebarang pelaksanaan hudud di negara ini. Ini berdasarkan luahan kekecewaan beliau dalam perkembangan terbaru pakatan pembangkang hari ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan kenyataan Kit Siang yang mendakwa UMNO dan BN bagaikan sebuah kapal yang kehilangan nakhoda dengan alasan bahawa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ini adalah lemah.

“Mungkin di dalam pentadbiran kerajaan BN, ada sedikit cacat cela dan ketidaksempurnaan di sana sini, namun ini tidak bermaksud kerajaan BN atau pun UMNO lemah.

“Sebenarnya yang lemah hari ini adalah pakatan pembangkang. Kit Siang kena akui bahawa pakatan pembangkang kini dalam keadaan yang menuju kehancuran lantaran pertentangan ideologi dan perbezaan pendapat yang semakin kritikal dan tidak dapat diselamatkan.

“Jadi bagi saya, cadangan Kit Siang itu lebih kepada bertujuan untuk menyelamatkan survival politik Dap apabila kehancuran apabila perpecahan pakatan pembangkang sudah tampak jelas di hadapan mata beliau,” tegasnya.

Sebab itu kata beliau lagi, rakyat hari ini perlu menilai dengan fikiran yang terbuka dan rasional bahawa pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara.

“Sejak dari dulu lagi saya katakan bahawa gabungan parti di dalam pakatan pembangkang ini adalah rapuh. Mereka tidak mampu untuk bertahan lama kerana perbezaan ideologi dan pendekatan politik yang amat berbeza sekali seperti langit dan bumi.

“Justeru itu, perbalahan sesama mereka sememangnya sudah kita jangkakan dan hari ini kita dapat lihat bagaimana perpecahan hampir pasti berlaku di dalam pakatan pembangkang,” tegasnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana