Buku parasit PAS... perang saraf menjelang muktamar ?

Buku ini sekali imbas macam kerja golongan yang anti penyokong datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) dalam PAS. Sekali imbaslah.
Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan ahli-ahli PAS kepada sesiapa yang buat buku ini dan simpati pada yang kena tuduh.

Selamat datang ke dunia 'perang saraf' yang putih di mata kita tidak nampak putih di mata orang lain.

Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang,namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” antara isi kandungan buku itu.

Kisah beredarnya buku bertajuk ‘Siapa Perosak Sebenar PAS’turun dikomen oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook.

“Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni.

“Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya,” tulis Ahli Parlimen Temerloh itu.

Mungkin bekas Ketua Pemuda PAS itu sudah nampak permainan di belakang pengedaran buku tersebut.

Silap-silap orang tuduh golongan ulama di belakang kerja kotor ini.

PAS akan mengadakan muktamar agungnya pada Jun nanti dan kini kawasan-kawasan sedang mengadakan pemilihan sejak Mac lalu dan dijangka berakhir hujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana