Bukan sahaja Hadi, golongan ulama turut terkena tempias serangan DAP...Itu Lah Yang Lain Masih Jadi Barua Lagi

BANGI: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yakin tindakan DAP memulaukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai cubaan untuk menerapkan strategi politik mereka di kalangan ahli-ahli parti Islam tersebut.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, DAP bukan sahaja mahu ahli-ahli PAS menolak pemimpinnya, malah lebih dari itu apabila mahu mengkucar-kacirkan kepimpinan ulama yang dipegang PAS selama ini.

"Strategi DAP kini supaya dapat memperkukuhkan aliran mereka di dalam PAS. Maka apabila tiada peranan Hadi dan golongan ulama diketepikan, berdasarkan penelitian mereka (DAP) dari sudut kepimpinan dan kematangan politik akan berkurangan dan lemah.

"Jika mereka dapat singkirkan Hadi, dalam masa sama akan tersingkir juga golongan ulama sebab tiada lagi pelapis ulama buat masa ini yang berwibawa. Jika Hadi tiada, siapa lagi nak lawan pemimpin seperti Mat Sabu dan Husam? Tidak ada," tegasnya ketika diwawancara secara ekslusif bersama Antarapos.

DAP melancarkan perang dingin terhadap PAS berikutan pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan PAS.

Keputusan itu dibuat ekoran PAS bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan dakwa DAP, hudud tidak terkandung dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Ini ditambah dengan tindakan Hadi yang menghantar notis usul Rang Undang-undang Persendirian itu kepada Dewan Rakyat, dan tindakan itu disifatkan DAP sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.

PAS pula mempertahankan pelaksanaan hudud kerana ia adalah agenda partinya dan pendirian itu berdasarkan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.

Bukan itu sahaja, Abdullah percaya DAP kini sedang menanti pemilihan PAS dengan penuh khusyuk, terutamanya bagi jawatan nombor satu parti itu.

Ini kerana ia akan menjadi penanda aras terhadap hala tuju parti Islam itu selepas ini, termasuklah kerjasama parti itu di dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Strategi mereka sama ada buang Hadi dan tidak dilantik Presiden atau paksa Hadi sebagai Mursyidul Am sebab itu bukan jawatan eksekutif dan tidak dapat menentukan hala tuju parti," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana