Boleh percayakah Wan Azizah, kronismenya?

MEMANG pening dibuatnya kalau jentera kempen pilihan raya pakatan pembangkang turun padang di Permatang Pauh bermula 27 April nanti.

Di kawasan pusat daerah me­ngundi (PDM) yang ramai pe­ngundi Cina, misalnya PDM Cross Street atau PDM Berapit Road, peraih undi DAP tidak akan menang tangan sibuk bantai hudud dibawa Pas.
Di Guar Perahu dan Sama Gagah pula orang Pas mempertahankan hudud.

Walaupun Penanti, salah satu dari tiga DUN dalam Permatang Pauh, wakil rakyatnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), jangan ditidakkan pengaruh Pas di situ. Orang Pas ramai, banyak pondok agama sekitar Penanti.
Lagipun, sekutu rapat DAP dalam pakatan, PKR sudah terlalu lama di Permatang Pauh.

Anwar sahaja sudah 33 tahun, sejak 1982 lagi. Lama sangat. Tetapi apa yang dibuatnya.
Duduk dalam kerajaan selama empat penggal dan keluar kerajaan pun, masih tidak ada apa-apa. Mendakwa UiTM dibawanya masuk ke Permatang Pauh, tetapi sebenarnya usaha Perdana Menteri waktu itu.

Memprojekkan diri dengan pang­gilan ‘pak sheikh’, tetapi terbukti bersalah pula di mahkamah atas kes liwat.

Boleh percayakah lagi orang Permatang Pauh dengan PKR ini? Apabila Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Permatang Pauh ketika itu, dia terus ‘resign’, kosongkan kerusi pula untuk suaminya.Di Kajang tempoh hari, boleh pula suruh wakil rakyatnya berhenti sebab nak letak anggota keluarga di situ.

DAP pun satu hal. Untuk persiapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh ini, ada dipanggilnya orang Pas bermesyuarat? Atau DAP-PKR sahaja.

Semasa kempen pilihan raya umum lalu, DAP banyak janji sini, janji sana. Ada 14 isu yang mahu diselesaikannya. Antaranya, ke­sesakan, banjir, hakisan tanah dan lain-lain lagi.
Tetapi, satu pun tak selesai. Malah Pulau Pinang lagi teruk sesaknya, surcaj air meningkat, cukai tanah dan cukai pintu naik.

Kalau letak kereta 40 sen sejam, kena beli satu buku (kupon) berharga RM5. Rumah kos rendah pula langsung tidak diusik. Keutamaan bina rumah di bahagian pulau pun sangat tinggi, dijual pada harga sekitar RM500,000. Slogan nak bantu rakyat tidak ada. Slogan tinggal slogan.
Sampai masanya elok pengundi Permatang Pauh ubah selera. Tukar kepada calon lain pula.
Dulu, Wan Azizah turun berkempen - menangis, raih simpati. Sekadar berbuat begitu, tidak ada apapun di Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana