Bincang apa tu...?Tentu DAP Dan PKR Merah Mata Lagi

Dalam senario politik semasa pemandangan seumpama ini tentu mencuri perhatian.Wartwan Agendadaily,Lukman Abdullah rakam gambar ini di ruang rehat Ahli Parlimen di bangunan Parlimen petang Rabu.
Ahli Parlimen BN dan PAS duduk semeja.Tak pasti apa yang dibualkan.

Di situ ada Datuk Seri Mustapha Mohamad (BN-Jeli) ,Datuk Azeez Rahim (BN-Baling),Datuk Seri Mahadzir Khalid (BN- Padang Terap),Nasruddin Tantawi (PAS-Temerloh),Nik Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas) dan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu).

Apakah ini ada kaitan dengan usul persendirian PAS mengenai Hudud?

PAS begitu mengharapkan usul berkenaan dapat dibawa dalam sidang Dewan Rakyat sesi ini yang akan berakhir hari ini, Khamis.

Usul berkenaan perlu dibentang ekoran Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac baru ini luluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1993) 2015.

Semasa ia diluluskan semua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO menyokong.

Ia perlu dapat kelulusan Dewan Rakyat jika undang-undang Hudud hendak dilaksanakan di Kelantan.

DAP dan PKR menentang hasrat PAS untuk laksana Hudud.

Kalangan Ahli Parlimen BN pula dikatakan akan undi ikut ' suara hati' terhadap usul PAS bila dibentang.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri sewaktu ditemui wartawan di lobi Parlimen Rabu memberitahu mengenai harapan beliau agar usul itu dapat dibentang pada sesi sidang kali ini.

Mengikut peraturan Dewan Rakyat ia perlu bereskan urusan kerajaan dulu sebelum sebarang usul persendirian dapat dibentang.

Usul persendirian yang dikemukakan oleh Hadi selaku Ahli Parlimen Marang sudah masok dalam jadual namun ia berada diurutan paling akhir.

Dalam urusan sidang Khamis usul itu tidak ada dalam jadual.

Maka dengan ini PAS terpaksa menaruh harapan ia dapat dibawa dalam sidang Dewan Rakyat akan datang yang akan berlangsung selama 16 hari dari 18 Mei hingga 18 Jun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana