BILA KENA TEGUR BARU DIA MENGGELUPOR !!!

Memang sah la yang Si Menteri Besar Selangor ni tak reti nak buat kerja. Balik2 kepimpinan dia asyik kena tegur je dengan Tuanku Sultan. Nak harap dia buat kerja sendiri, entah la ...

Dan yang kelakarnya, bila setiap kali dia ditegur, pasti dia akan salahkan orang lain. Kali ini, dalam isu slogan # KitaLawan yang diorang nak guna untuk SUKMA, dia salahkan pertubuhan sukan pulak.
Itu membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor ni memang bukan seorang pemimpin yang kompeten untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada dia.

Semua keputusan dan tindakan yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi semata2. Bukannya dia buat kerja tu untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sedangkan apa yang dia cakap sebelum ini pun masih tidak mampu untuk ditunaikan. Sampah sarap masih lagi bersepah merata2. Longkang tersumbat masih lagi berlambak2.

Biarpun dia sendiri yang menyatakan komitmen untuk selesaikan masalah tersebut, tapi ternyata semua itu hanya sekadar tinggal harapan kosong. Setakat 'wayang' nak tunjuk kepada rakyat.
Maka, tak heran la kalau setiap kali Si Menteri Besar tu buat keputusan 'Populis' dan suka mengambil kesempatan, dia pasti akan ditegur secara terbuka sama ada dari Tuanku Sultan atau pun dari kalangan rakyat.

Masalahnya bila rakyat bersuara, dia buat2 pekak je. Tak ambik peduli pun dengan apa yang telah diluahkan. Tapi bila sampai Tuanku Sultan sendiri yang bukak mulut, tau pulak dia menggelupor tak tentu arah!!! Kalau tak reti buat kerja tu, berenti je la !!!
SHAH ALAM: Perbincangan di antara kerajaan negeri dan persatuan sukan negeri akan diadakan bagi melihat keperluan penggunaan slogan Kita Lawan yang mewakili kontinjen Selangor di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 kelak.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shaari dalam mematuhi titah Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang murka dengan penggunaan slogan berkenaan.

"Saya sudah meminta Amirudin memanggil kesemua persatuan dan pertubuhan sukan negeri untuk menghayati titah Tuanku seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
"Bagaimanapun ini bukan satu keputusan kerajaan negeri, (penggunaan slogan) itu datangnya daripada pertubuhan sukan negeri. Jadi ia belum lagi satu keputusan yang muktamad," katanya yang ditemui media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Inpens di Shah Alam, tengah hari tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana