BIADAP, KURANG AJAR DAN TIDAK BERTAMADUN!!!

 Bekas calon jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Jamalulail mendakwa mangsa nahas helikopter yang meletup petang tadi sebagai hukuman tuhan terhadap pengkhinat negara.

Beliau melalui status yang dimuatnaik oleh bekas aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Indera Putera, turut mengaitkan insiden tersebut berlaku kerana keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“GST cukup membebankan rakyat… Rakyat berdoa kepada Allah… Doa rakyat yang dizalimi insy Allah, Allah akan makbulkan. Ammiin.

“Terima kasih Allah SWT kerana sudah mula menghukum pengkhianat negara. Ammiin,” tulis beliau di dalam status Facebook tersebut.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memuatnaik status di laman Facebooknya yang dikatakan insiden tersebut dengan GST.

Kenyataan beliau itu kemudiannya dikecam oleh pengguna Facebook yang lain.

“Ajal tetap dtg smada kepada org baik atau tak baik…sesiapa pun yang terkorban kita sedekahkan alfatihah” ujar Bro Salleh di Facebook.

“Semuga syed rosli jamalullail pun akan menerima nasib yg sama…. t.kasih juga..allah bg nyawa lg pd org mcm syed rosli ni untuk bertaubat…nama je islam..tp hati kafir lahanat…” ujar Johari Ishak pula di dalam status yang sama.

“Bila aku baca komen Syed Rosli Jamalullail, rasa nak bagi penyepak. Aku tak menyesal menyumbat dia dalam kandang block aku” ujar Dr Aznil Hisham yang merupakan salah seorang pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan di ibukota di dalam status Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu Wan Indera memuatnaik status Facebook yang memaklumkan mengenai kejadian helikopter yang terhempas di Semenyih.

Syed Rosli sebelum ini menulis perjuangan menentang Perdana Menteri, adalah merupakan satu jihad.

Memetik laporan portal myKMU, beliau dilaporkan berkata mereka yang mati ketika melakukan penentangan itu boleh dianggap syahid.

Beliu turut pernah menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan susulan dari siasatan yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya ia bagi memastikan siasatan lebih telus dan tiada gangguan terhadap semakan akaun secara bebas yang akan dijalankan ketua audit negara.

Disember tahun lepas, beliau dilaporkan telah menulis surat terbuka menuntut agar Najib berundur sebagai Presiden Umno sambil menyifatkan perkhidmatan ahli parlimen Pekan itu tidak lagi diperlukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana