Berani Kerana Benar.....'Saya Sudah Lafaz Sumpah Saya Tidak Kenal Altantuya' - Najib

SHAH ALAM 9 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau langsung tidak mengenali model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata beliau tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes pembunuhan berprofil tinggi yang timbul pada tahun 2008 itu.

"Saya sudah lafaz sumpah yang saya tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung sama sekali dengan Altantuya.

‎"Saya tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes itu," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan pengacara dalam program wawancara khas yang disiarkan TV3, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan mengenai perkara itu seperti yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini.

Menurutnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri yang terdahulu juga sudah mengesahkan perkara ini termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) pada masa itu juga sudah buat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat.

Tambahnya, tiada bukti atau saksi untuk mengaitkan beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan itu oleh pihak mahkamah.
Ketika disoal pengacara, sama ada Najib pernah disoal Dr Mahathir mengenai kes Altantuya, Najib berkata, beliau pernah membincangkan perkara itu sekali.
"Beliau tak persoal penglibatan perkara ini secara langsung kepada saya. Isu ini tak berbangkit sama sekali.

"Saya sendiri, sebagai Perdana Menteri pergi ke rumah beliau untuk berbincang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana