Bayangkan apa jadi jika 12 orang ini berjaya cetus huru hara...


Berbeza dengan keadaan di sesetengah negara yang dari masa ke semasa dengar kisah bom meletup sana bom meletup sini,kejadian seumpama itu setakat ini belum berjangkit di Malaysia.
Namun mimpi ngeri kisah-kisah tragik itu boleh menjalar ke sini jika kita tidak berhati-hati.

Bibit-bibit sudah ada.

Bayangkan apa jadi jika 12 orang ini berjaya melancarkan rancang mereka buat serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang.

Memang huru hara jawabnya.

Ekoran ketangkasan Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia seramai 12 orang warganegara Malaysia yang merancang untuk cetus huru hara telah berjaya diberkas dalam operasi pada 25 dan 26 April.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu kumpulan yang ada kaitan dengan IS ini diberkas di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut beliau pihak polis juga telah berjaya merampas serbuk bahan letupan, bendera IS dan beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Khalid berkata tindakan mereka ini adalah kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin mereka atas faktor Malaysia negara sekular.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria, untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

Ini juga sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana