Balik ...Balik Keluarga ANWAR Jugak..Boringnya Politik PKR

Rakyat muak dengan permainan politik PKR yang sering menukar ahli parlimen di Permatang Pauh demi kepentingan parti dan bukan untuk rakyat.

Setiausaha perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang mengulas perkara tersebut menyifatkan bahawa beliau faham akan perasaan rakyat yang diketepikan demi kepentingan pihak tertentu di kawasan tersebut.

“Sentimen tukar-tukar ahli parlimen di Permatang Pauh ni rakyat dah bosan, dah muak sebab kalau tukar pun takkan ada tokoh lain, mesti orang yang sama.

“Dulu Wan Azizah letak jawatan, gantikan pada Anwar, sekarang ada ura-ura nak letak Wan Azizah balik, atau mungkin anaknya, mereka ingat kawasan parlimen ni tempat main-mainkah sehingga kepentingan rakyat tidak dijaga dengan baik ?” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my.

Jelas Othman yang juga merupakan ahli parlimen Jerlun, perkara tersebut memberi kelebihan buat BN untuk merampas kerusi di kawasan tersebut sekaligus meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Kalau macam ni tindakan PKR, BN ada potensi yang lebih baik berbanding sebelum ni sebab rakyat dah penat dengan permainan mereka sampai sekarang ni,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana