Azmin serang Khalid di DUN Selangor pagi Jumaat

Panas punggung dan tidak tunggu lama... Menteri Besar Selangor baru enam bulan Mohamed Azmin Ali melancarkan ‘serang balas’ terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sidang DUN Selangor, awal pagi ini.
Azmin membalas serangan Khalid petang Khamis berhubung Selangor memerlukan kepimpinan baru kerana kegagalan pihak kerajaan negeri membuat keputusan berhubung projek infrasturuktur kebelakangan ini.

Azmin menyindir ADUN Pelabuhan Klang itu sebagai seorang pemimpin yang tidak berkredibiliti, merujuk kepada kegagalan pemimpin berkenaan membuat keputusan berhubung beberapa projek infrasukrtur di negeri ini seperti isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), sewaktu menerajui Selangor.  

"Kredibiliti seseorang pemimpin diukur di atas keupayaan membuat keputusan dan berani membuat keputusan. Pemimpin tak boleh diukur bila dia tak berani buat keputusan dan sentiasa mengambil jalan selamat.

"Itu (bagaimana) mengukur seseorang pemimpin," ujar Azmin.

Semalam, Khalid sewaktu ucapan Perbahasan Titah Diraja menyifatkan Selangor memerlukan pimpinan baru jika kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu air.

“Azmin perlu beri komitmen pada DUN Selangor untuk berhenti politikkan isu air berdasarkan semangat titah Sultan Selangor.

“Kegagalan menyelesaikan isu air merugikan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mahu perkhidmatan air bersih yang efisien pada tarif berpatutan,” kata Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana