AZMIN ALI DAKWA DIRINYA LEBIH BAIK DARIPADA MB TERDAHULU

Panas telingan TS Khalid Ibrahim kalau dengar kenyataan ini.Azmin Ali merasakan dirinya lebih baik daripada TS Khalid Ibrahim dengan menyatakan dia lebih berani daripada TS Khalid Ibrahim.

Memang Azmin Ali berani.Berani mainkan keperluan air rakyat Selangor hanya untuk tunjuk kuasa!

Laporan berita adalah seperti di bawah:

Mohamed Azmin Ali ‘memulangkan paku buah keras” terhadap seteru politiknya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung syor supaya supaya berundur sebagai Menteri Besar Selangor.

Jelas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Antarabangsa itu, dirinya, lebih baik berbanding Abdul Khalid kerana berupaya dan berani membuat sesuatu keputusan dalam tempoh yang singkat seperti membatalkan cadangan pembinaan Lebuh Raya Damansara-Kinrara (KIDEX).

Dia berkata, seorang pemimpin tidak boleh diukur jika tidak berani membuat keputusan dan sentiasa mengambil jalan selamat.

“Kredibiliti dan integriti seorang pemimpin diukur di atas keupayaan membuat keputusan dan berani membuat keputusan.

“Pemimpin tidak boleh diukur apabila dia tidak berani membuat keputusan, dan sentiasa mengambil jalan selamat. Itu ukur seseorang pemimpin,” katanya.

Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Rani Osman di Sidang Dewan Negeri Selangor pada Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana