Azizah ulang taktik lama tarik undi di Permatang Pauh...Bukan Tak Kenal Cara PKR Ni

SHAH ALAM: Seperti yang dijangka Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan taktik yang sama dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Malam tadi PKR melancarkan jentera parti bersama DAP dan PAS untuk turun berkempen dalam pilihan raya itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April.

Azizah dilihat masih tidak boleh menerima kenyataan apabila mendakwa kerusi yang dimenangi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dirampas secara tidak adil.

Justeru beliau menggesa pengundi membantu PKR mengekalkan kerusi itu.

Suaminya kehilangan kerusi tersebut selepas keluarganya gagal dalam permohonan pengampunan terhadap sabitan tuduhan liwat ke atas Anwar dan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari lalu.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yakin PKR mampu mengekalkan kerusi Permatang Pauh dengan bantuan PAS dan DAP.

"Kami tidak berpecah. Kami hanya mempunyai satu musuh, iaitu BN dan Umno," dakwa Azmin.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusuf Rawa, satu-satunya wakil yang hadir mewakili PAS memberi jaminan akan menyokong calon PKR '101 peratus'.

Beliau turut menafikan dakwaan PAS meminta bantuan Umno dalam PRK kali ini.

Sebaliknya Mujahid berkata kerjasama itu hanya terjalin dalam pelaksanaan hudud di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana