Apa Hal Plak Ni Nak Kecoh.....Kenapa tergesa-gesa luluskan RUU yang bukan kecemasan?

Apa hal penganalisis ini plak bersuara...bukan kah undang undang untuk kepentingan menjaga kesejahteraan negara.

SHAH ALAM: Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof, mempersoalkan persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga awal pagi, minggu ini.

Ini kerana usul yang dibahaskan ahli dewan bukanlah Rang Undang-Undang (RUU) mengenai soal kecemasan yang memerlukan kelulusan segera.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanyalah undang-undang biasa yang boleh ditangguhkan dan dibahaskan keesokan harinya.

"Begitupun, pagi ini Parlimen mencatat sejarah apabila sidangnya tamat pada 4.21 pagi. Lalu, timbul pertanyaan: apakah perlu Parlimen bersidang sampai selewat itu?

"Rang undang-undang apa yang perlu segera diluluskan? Tidak bolehkah diluluskan pada waktu siang hari? Tidak bolehkah jika rang undang-undang masih belum dibahaskan, waktu persidangan ditambah?," soal beliau dalam status laman sosial Facebooknya.

Selasa lalu, Dewan Rakyat pada jam 2.25 pagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Kemudian, kelmarin Dewan Rakyat bersidang sehingga jam 12 tengah malam bagi membentang dan meluluskan lapan daripada 11 rang undang-undang yang disenaraikan dalam aturan mesyuarat.

Terbaru, sidang dewan dilaporkan hanya tamat pada jam 2.30 pagi tadi kerana meluluskan pindaan Akta Hasutan 1948, sekaligus mencatat rekod persidangan paling panjang iaitu 14 jam.

Tambah Agus lagi, beliau menghargai usaha ahli Parlimen yang sanggup menunggu sehingga ke pagi namun keputusan yang dicapai itu tidak mempunyai kualiti kerana tidak melibatkan kesemua ahli Parlimen.

"Kita hargai usaha Dewan untuk bersidang sampai ke pagi. Tapi persoalannya ialah apa kualitinya jika yang hadir untuk berdebat hanya 19 timbalan menteri, 17 wakil rakyat BN dan 11 wakil pembangkang?

"Semoganya selepas ini agenda persidangan parlimen disusun semula dengan lebih baik supaya semua Rang Undang-Undang dapat dibahaskan pada waktu siang dengan melibatkan lebih banyak wakil rakyat, bukannya membahaskannya dikala orang sedang tidur," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana