Aik.. Tak Disangka Siapa Dia Ni....Fahmi Zainol dah tukar kem

Ingat Fahmi Zainol... pemimpin mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang naik belakang Hilux bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail rempuh pagar UM tahun lepas.
Beliau terkena dengan segala macam demonstrasi pro pembangkang di sekitar Lembah Klang.

Apa cerita tiba-tiba berkempen bersama calon BN di Permatang Pauh Suhaimi Sabudin?

Fahmi Zainol yang ditemui wartawan bahkan memuji keputusan BN memilih Setiausaha UMNO Permatang Pauh itu sebagai calon.

Pemimpin pelajar yang sinonim dengan pentas PKR itu menyifatkan Suhaimi adalah wakil pemimpin muda yang perlu diketengahkan dan parti politik lain wajar mengikut langkah BN.

"Kita perlu menolak politik lama dan kita mahukan pendekatan politik baharu dan saya rasa orang muda mampu bawa benda baharu.

"Calon BN bagi PRK Permatang Pauh, Suhaimi nampak berkeyakinan. Kita perlu orang muda dan kalau orang lama kita tidak akan maju ke depan," katanya.

Pemimpin pelajar kontroversi yang sering membidas kerajaan itu berkata demikian kepada pemberita pada program anjuran UMNO dan dilihat bermesra dengan Suhaimi di Penanti, Isnin malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana