Ahli Umno sokong Najib, sayang Tun M....Puak PR Kecewalah

SHAH ALAM - Ahli-ahli Umno yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tetap menyayangi bekas pemimpin nombor satu parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, atas alasan itu, ahli-ahli Umno mahu konflik antara kedua-dua pemimpin ini dapat diselesaikan segera.

“Itu tandanya seluruh ahli Umno masih sayangkan Dr Mahathir tetapi tetap setia dengan kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan presiden parti.

"Situasi dijadikan kusut dan rumit kerana ada pihak berkepentingan sengaja memutarbelitkannya sehingga ia dilihat sebagai amat serius," katanya yang dipetik melalui blog Umno Cheras.

Dalam pada itu, beliau akui ahli Umno masih memerlukan pandangan dan nasihat Dr Mahathir untuk penambahbaikan parti namun tidak semuanya diterima.

Katanya, tiada sengketa antara kedua pemimpin dan sebarang konflik boleh diselesaikan secara baik dan penuh dengan semangat kekeluargaan.

“Sebagai ahli parti, kita teguh di belakang presiden parti dan pada masa yang sama menghormati Dr Mahathir selaku bekas perdana menteri yang banyak berjasa kepada negara ini.

“Kita terbuka dan menerima pandangan beliau, tetapi tidak bermakna pandangan itu perlu diterima secara keseluruhannya," katanya.

Beliau turut berharap penjelasan Najib baru-baru ini mengenai isu-isu yang dibangkitkan dapat memuaskan hati Dr Mahathir.

“Bagi saya tiada lagi isu yang harus dipolemikkan, semuanya telah dijawab oleh perdana menteri dengan panjang lebar dan secara telus dan terbuka,” katanya.

Katanya, percanggahan pendapat dalam parti merupakan perkara biasa dan apa jua konflik boleh diselesaikan dengan berbincang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana