ADUN Pakatan Perak 'tunjuk belang' depan Sultan...

Inilah penyakit budak-budak Pakatan.Nak tunjuk belang tidak kena tempat hingga tidak hormat majlis termasuk di depan Yang Dipertuan Agong dan Sultan.
Pada 9 Mac lalu semasa perasmian sidang Parlimen kebanyakan dari Ahli Parlimen Pakatan berlagak kurang sopan memakai pakaian hitam.

Sepatutnya mereka patut hadir majlis penting itu dengan pakaian rasmi yang dipanggil number one berwarna putih.

Perbuatan itu semata-mata untuk tunjuk solidariti kepada seorang yang didapati bersalah melakukan jenayah keji meliwat yakni Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini,Selasa diperasmian sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada ADUN Pakatan ulangi perbuatan biadap sama tidak hormat Sultan Perak yang merasmikan sidang berkenaan.

Malah ada yang tidak memakai songkok.

Ini adalah kali pertama Sultan Nazrin memakai pakaian rasmi sebagai Sultan untuk merasmikan sidang DUN itu.

Semua ADUN BN yang hadir berpakaian warna putih rasmi.

Gelagat para ADUN Pakatan itu telah mencetuskan perbualan dan rasa kurang senang dikalangan pada hadirin di majlis perasmian itu.

Sementara itu berbeza dari kebiasaan,kali ini  Sultan Nazrin tidak bergambar dengan semua ADUN selepas selesai majlis perasmian.

Malah baginda juga tidak bersantap bersama mereka.

Difahamkan ini ada kaitan dengan perbuatan biadap ADUN Pakatan di majlis itu.

Sementara itu dalam sidang akhbar selepas perasmian sidang DUN,Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mendakwa pemakaian pakaian serba hitam dibenarkan mengikut Perintah Tetap DUN.

Dakwanya ia  bukan sebab tidak hormat Sultan Perak.

Beliau mengakui perbuatan mereka sebagai solidariti kepada Anwar yang diihukum penjara kerana meliwat.

Katanya hari ini saja mereka pakai hitam manakala esok pakaian biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana