Admin Tak Percaya Langsung Kalau Kerajaan PKR dikatakan Bebas Rasuah....Hu hu hu


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali menafikan dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa sistem pemberian tender terbuka yang diubah suai di bawah pentadbirannya menggalakkan ketirisan dan rasuah.

Azmin berkata dakwaan mantan MB Selangor itu dibuat hanya untuk memenangi hati ADUN Barisan Nasional namun menegaskan sistem tender baru kerajaan negeri tetap menitikberatkan kualiti dan integriti.

Khalid yang meletak jawatan sebagai MB September lalu dan kini menjadi ADUN Bebas Pelabuhan Klang menyifatkan dasar tender terbaru yang diamalkan kerajaan pimpinan Azmin tidak telus dan adil.

Khalid semalam mengkritik Azmin kerana menukar dasar tender terbuka yang diamalkan oleh beliau sejak 2008 kepada penganugerahan kontrak yang dakwanya akan mengundang ketirisan dan rasuah.

"Saya kira (ADUN) Pelabuhan Klang boleh buat tohmahan itu dan yakinkan Umno dan Barisan Nasional.

"Saya kira jawapan saya jelas dan terang. Tohmahan itu tidak berasas sama sekali," katanya.

Jelas Azmin, dasar tender yang diamalkannya tetap menitik beratkan kualiti dan intergriti kontraktor, namun hanya menggunakan kaedah baru dalam menyenaraikan kontraktor berdasarkan kemampuan dan bukan hanya berasaskan kepada harga tender paling rendah yang ditawarkan.

"Untuk tujuan rekod, dasar yang digantikan ialah dengan menggunakan dasar penilaian perolehan berdasarkan "cut off". Saya tegaskan, dasar baru ini masih tetap tender terbuka. Yang membezakannya (dengan dasar sebelum ini) adalah kaedah pengiraan sistem "cut of" (dalam menyenaraikan kontraktor yang layak).

"Elemen memastikan projek membawa pulangan yang terbaik  masih lagi digunapakai. Dakwaan (Khalid) itu terpesong dan beri kesan negatif terhadap kerajaan negeri. Dasar baru yang dibuat kerajaan negeri ini berdasarkan masalah yang dihadapi terutamanya mengenai projek yang "sakit", ujarnya.

Pada sidang DUN November lalu, Azmin  konsep memlih tender yang digunapakai Khalid adalah punca wujudnya porjek yang tidak berkualiti.

Khalid berkata  sistem tender terbuka yang dilaksanakan sebelum ini terbukti memberi manfaat kepada rakyat dengan penjimatan dana awam lebih RM100 juta setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana