Admin Sokong!!!! Peguam Negara sedang teliti akta baru halang mahkamah dicela

KUALA LUMPUR: Satu akta baru sedang dikaji bagi melihat sama ada ia bersesuaian untuk diusulkan di Dewan Rakyat ekoran keghairahan pembangkang yang semakin berani menghina institusi kehakiman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa ini, pihaknya sedang meneliti perkembangan tersebut seraya mahu melihat apa yang boleh diperuntukkan dalam akta baru itu.

"Jabatan peguam negara sedang menguruskan akta baru yang mensabitkan pencelaan hakim dan penghinaan kepada mahkamah di samping undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat tadi.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang semakin berani mengusulkan perkara yang dilarang oleh peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pakatan pembangkang pada 11 Mac lalu mengemukakan usul untuk mencela lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang terlibat menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan meliwat.

Usul itu dikemukakan kepada Speaker Dewan di bawah Peraturan Majlis Meyuarat 27 (3) dan 36 (8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun mengikut peruntukan dalam perkara 127 itu menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan mana-mana Dewan Undangan Negeri dilarang membincangkan kelakuan mana-mana hakim kecuali satu usul khusus yang disokong oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada bilangan anggota Parlimen.

Pada 10 Februari lalu, lima hakim yang terlibat dalam kes liwat II; Tun Ariffin Zakaria, Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana