Admin Hormati Harun Din....Jangan samakan saya dengan Nik Aziz, kata Haron Din

BANGI: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din  berharap semua pihak terutamanya anggota parti memberi kepercayaan kepada beliau memikul peranan tersebut dan tidak menyamakan dirinya dengan kedudukan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya begitu gah.

Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, Haron yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru berkata masing-masing mempunyai ramuan membentuk acuan tersendiri kerana baginya setiap era kepimpinan berbeza.

"Setiap pemimpin mempunyai besinya tersendiri dan cara yang tersendiri untuk menjalankan kewajiban.

"Almarhum tuan guru Nik Aziz adanya sendiri dengan lemah-lembutnya yang kadang-kadang ada kerasnya, ada ketegasannya bila menyentuh hal hukum," katanya dalam temubual tersebut.

Justeru beliau berharap waktu dan kesempatan diberikan untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PAS sekaligus memastikan ia tidak terkeluar daripada landasannya.

"Saya tidak baru dengan beliau daripada tahun 1967 saya sudah bersama dengan Almarhum Nik Aziz menganggotai jawatankuasa PAS Pusat pada ketika itu dan kami bersama dah selama itu.

"Malah sepanjang Almarhum menjadi Mursyidul Am, sayalah timbalannya seawal hari pertama sampailah bila beliau meninggalkan kita semua dan saya mengambil tugas.

"Maka tidaklah jauh sangat saya nampak hala tuju yang sedang dituju oleh tuan guru Nik Aziz dan saya memegang jawatan itu sekarang ini bahawa kami tidak banyak berubah," katanya.

Untuk rekod, Haron dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru menggantikan penyandangnya Nik Aziz yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Perkara tersebut diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas mendapati Haron merupakan calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan itu pada 8 Mac lepas turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAs dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa').

Era Nik Aziz dah berakhir, kini era baru bermula

Akui Haron, kedudukan Nik Aziz begitu gah di persada politik tanah air sambil namun menegaskan era bekas Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir dan kini legasi diteruskan beliau.

"Walaupun demikian saya merasakan bahawa aura yang ditinggalkan tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu besar untuk saya memegangnya dengan auranya dan namanya yang begitu gah.

"Cukup dengan namanya sahaja jauh dengan saya, tidak boleh disamakan dengan tok guru Nik Aziz," katanya.

Mengulas lanjut, pengamal perubatan Islam itu berkata meskipun berlaku perubahan pimpinan dalam Majlis Syura Ulama namun entiti berkenaan tetap berpenanan memastikan parti itu tidak tersasar daripada dasarnya.

"Namun demikian eranya telah berlalu, itu hakikat yang perlu kita hadapi dan saya juga akan habis era saya.

"Allah yang menentukan habisnya macam mana dan akan ada pengganti saya pula yang akan meneruskan legasi yang sama.

"Masing-masing ada watak, visi dan ada pandangan ke hadapan tersendiri tapi tidak boleh berubah daripada melihat kepada dasar dan perjuangan PAS hendak ke mana ia," katanya.

Justeru beliau berharap ahli serta barisan pimpinan PAS setiap peringkat memberikan kepercayaan untuk menggalas tugas yang besar itu.

"Maka itu saya merasakan bahawa terpaksa kita melupakan sekejap era lama dan hadapi dengan era baru yang kita lihat cabaran yang semakin hari semakin sengit.

"Insya-Allah, saya melihatkan bahawa ada penyelesaiannya di mana PAS akan terus kekal dengan perjuangannya tanpa berpisah dan akan mengharungi era politik yang baru ini dengan penuh keyakinan PAS akan mencapai matlamatnya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana