'Ada bunyi' sebelum nahas helikopter di Semenyih

Di sebalik sangkaan ramai bahawa cuaca buruk merupakan sebab utama nahas helikopter di Semenyih 4 April lalu, siasatan mendapati kejadian yang mengorbankan enam orang, termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis itu berlaku kerana faktor lain termasuk bunyi dari helikopter yang menjadi perbualan antara juruterbang dan penumpang.

Difahamkan siasatan nahas tersebut itu kini dikecilkan kepada kesilapan mekanikal atau manusia yang menyebabkan helikopter Dauphin AS365N2  terhempas pada 4 April lalu.

Sumber yang mengetahui berkaitan penyiasatan mengesahkan bahawa audio dari perakam suara kokpit helikopter mendedahkan suasana hening sejenak dalam perbualan di antara penumpang selama beberapa minit di akhir penerbangan tetapi tidak menjumpai sebarang 'misteri' mengenainya.

"Sebelum itu dalam penerbangan, juruterbang dan penumpang telah didengar membincangkan tentang bunyi itu yang datang dari helikopter. Mereka berkata mereka bimbang tentang isu mekanikal, "kata sumber itu.
Sumber itu juga mengesahkan bahawa Aidana Baizieva, 25, telah mengambil bahagian dalam operasi penerbangan dengan juruterbang Kapten Clifford William Fournier Jr tetapi berkata masih terlalu awal untuk memberitahu jika penglibatannya mempunyai apa-apa kaitan dengan kemalangan itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata analisis rakaman penerbangan masih dilakukan dan maklumat akan didedahkan dalam laporan awal, bulan depan.-16/4/2015

BERITA BERKAITAN

Aidana Baizieva pandu helikopter ketika nahas...?

Data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih pada 4 April lalu menunjukkan penumpang wanita, Aidana Baizieva, memainkan peranan utama dalam penerbangan helikopter Dauphin AS365N2, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.

Menurut akhbar itu, data yang diperoleh daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Baizieva, 25, warga Kyrgyzstan itu "terlibat secara aktif" dalam operasi menerbangkan helikopter.

Memetik sumber, rakaman itu juga merekodkan pertukaran suara di antara pelajar jurusan pelancongan itu dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, yang bertanggungjawab menggendalikan penerbangan itu.

Baizieva sebelum ini dilaporkan sebagai pembantu juruterbang yang terlibat dalam nahas, namun polis menafikan wujudnya bukti menyokong dakwaan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat juga dilaporkan berkata, Baizieva mendalami dunia penerbangan dan sering mengikuti Fournier menaiki helikopter.

Eurocopter AS365N2, menurut sumber akhbar itu, juga dikatakan terbang serendah 2,000 kaki selepas hilang kawalan dan terputus hubungan.

Sumber itu juga mengatakan ada petunjuk kukuh berlakunya letupan ketika penerbangan sebelum helikopter itu jatuh terhempas.

Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Turut terkorban ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana