7-Eleven Minta Maaf Atas Kesilapan Kenakan GST

KUALA LUMPUR 2 April - Rangkaian kedai runcit 24 jam, 7-Eleven membuat permohonan maaf  kepada para pelanggan atas kesilapan mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap penjualan akhbar di kedai tersebut.

7-Eleven dalam satu kenyataan di laman facebooknya menjelaskan, ianya akibat kesilapan sistem mesin jualan dan pihaknya tidak berniat untuk berbuat demikian.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” katanya.

7-Eleven menjelaskan, kesilapan tersebut telah diperbaiki dan pihaknya menegaskan 7-Eleven sentiasa menyokong pelaksanaan GST.

“Bagi sesiapa yang telah memberi kesan pada hari ini, kami hargai jika anda boleh menghubungi  dengan menggunakan facebook atau e-mel rasmi 7-Eleven Malaysia dengan maklumat anda (e-mel dan nombor telefon bimbit) untuk kami membetulkan kesilapan ini.

“Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan kami berikutan kesilapan teknikal dalam sistem kami ini,” kata 7-Eleven.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana