Wow...BErbangga Betul.... pesawat pengangkut baru tentera Malaysia

Selama ini sebut saja pesawat pengangkut ten Malaysia... terbayang Pesawat C-130 dipanggil Charlie.
Bagaimanapun, pada Selasa Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera Airbus A400M yang pertama daripada empat pesawat yang ditempah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia juga menandakan penyerahan pertama pesawat A400M kepada pelanggan eksport di luar negara pelancaran asal.

Pesawat itu diterima di Barisan Pemasangan Akhir A400M di Seville, Sepanyol oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin pada 9 Mac.

Ia disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Nozirah Bahari dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Rothiah Omar yang menandatangani pemindahan hak milik bagi pihak Kementerian Pertahanan.

“Pesawat A400M akan menawarkan TUDM keupayaan pengangkutan berat paling canggih di rantau ini dan membolehkan kita melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan dan kemanusiaan yang luar biasa,” kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Sri Roslan Saad dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan Airbus.

Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Defence and Space, Bernhard Gerwert berkata: “Kami amat bangga untuk menyerahkan pesawat pertama A400M kepada pelanggan eksport pertama kami, Malaysia.

“Pesawat ini akan merubah pasukan mobiliti udara Malaysia berikutan kombinasi keupayaan strategik dan taktikal unik A400,” katanya.

“Ini memberi mesej jelas yang A400M bukan sahaja pesawat khusus yang direka bentuk dan dibangunkan untuk pasukan tentera udara Eropah, tetapi sebenarnya rujukan baharu dalam pasaran pengangkutan taktikal dan strategik di seluruh dunia – memenuhi kedua-dua peranan dalam satu jentera,” kata kenyataan itu.

Apabila tiba di Malaysia, A400M akan menyertai Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi mulai 17 hingga 21 Mac.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana