Video: Selepas Aisyah kini bapa pula ‘diserang’....Nak Tahu Baca Dulu....Kisahnya

BANGI, 23 Mac – Selepas menyerang pengacara BFM Kupas, Aisyah, dengan pelbagai ulasan berikutan isu klip video yang didakwa menghina hukum Allah, termasuk kononnya ada yang mengeluarkan ugutan bunuh dan rogol, pengguna laman sosial semalam dan hari ini beralih kepada bapa gadis itu.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (gambar), ‘diserang’ hebat oleh orang ramai apabila dia mendakwa anaknya bukan mempertikaikan undang-undang Allah, tetapi undang-undang yang digubal oleh PAS.

Ketika mempersoalkan tindakan polis menyiasat anaknya, Tajuddin ketika memberitahu sebuah portal berita semalam, berkata:

“Kelakar pula apabila mereka boleh menyiasatnya atas tuduhan melakukan kekufuran apabila hudud yang diulasnya adalah hudud sepertimana ditafsirkan oleh PAS.”

Beliau turut mengaitkan dengan kritikan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengarah Islamic Renaissance Front, Dr Farouk Musa, terhadap hudud dan sepatutnya turut dikenakan tindakan sama.

Tajuddin juga menyifatkan apa yang dilakukan oleh BFM Kupas dan anaknya adalah berbentuk satira.

“Itulah gaya Kupas – hebat dan mengesankan, provokatif dan bersifat sindiran. Dia diberi skrip dan dia melakukannya seperti yang dikehendaki. Dia sebenarnya hanya menggantikan pengacara asal. Dan mereka yang tersinggung dengan gayanya sebenarnya bukan penonton tetap Kupas, mereka tidak faham falsafahnya, yang ia satu satira,” kata Tajuddin.

Kenyataan Tajuddin itu menyebabkan banyak pihak yang ‘menyerangnya’.

Seorang pembaca yang hanya dikenali sebagai Paul Baggio sambil meminta Tajuddin memberikan bukti bahawa undang-undang hudud negeri Kelantan itu berlawanan dengan hukum Islam menyatakan bahawa PAS tidak akan berupaya untuk ‘mencipta’ undang-undang Islam sendiri.

Zulkafly Abdul Rashid pula berkata, jika Tajuddin membuang keegoan dan bertindak berpandukan pedoman Rasulullah, beliau akan menginsafi bahawa tindakan Aisyah itu sudah melanggar batasan sehingga mengundang cemuhan dan ugutan.

“Cuba dr jawab seikhlasnya; apakah Aisyah akan dikutuk seteruk itu jika dia tidak bercakap begitu, tentunya tidak bukan? Ingat, tindakan dr memperlekehkan bangsa sendiri kononnya Melayu-Islam begitulah sifatnya, adalah keterlaluan. Akuilah dr bahawa tak siapapun, jika agama mereka dipertikaikan pasti ada pembelaan mungkin lebih dahsyat lagi! Seorang yg bertaraf profesor adalah naif jika tidak dapat menduga tindak balas sedemikian… kefahaman berbeza di kalangan penganut tentunya mengundang tindak balas berlainan; ekstrem-ganas dan sederhana…tidak terkecuali dalam kes Aisyah.

“Hujah dr yang mengatakan Aisyah hanya mempertikaikan hudud Pas, bukan hudud Allah sukar diterima kerana apapun naratifnya ia tetap menyentuh hak Khaliq. Apa lagi, bila disatirakan pula! Janganlah hendaknya setelah riuh seantero dunia, dr pertikaikan pula mereka yang pernah mempertikaikan enakmen jenayah syariah II (hudud) itu,” kata Zulkafly.

Ism Mil pula berkata, lakonan salaptik yg memperbodohkan diri sendiri dan masyarakat wajar disisihkan daripada menjadi pemangkin pendidikan berbudaya murni di negara ini.

“Lain kali, apa jua yang berkaitan dengan bangsa dan agama juga budaya yang berbagai jangan diperolok dan dimainkan seperti badot yang tak berfikir. Perkara-perkara ini, mempunyai kaitan dengan kepercayaan, moral dan akhlak para penganut atau pengamalnya.

“Kenapa suka menghina? Apakah menghina dan mengherdik dan menyakat itu satu norma hidup yang mulia? Sebagai cendekiawan yang cerdas berfikir kenapa mahu mendidik anak dan massa dengan perkara-perkara negatif begini. Negara memerlukan pemikiran-pemikiran yang bernas, positif dan membina bagi meletakkan Malaysia sebagai wilayah tamadun yang unggul dengan ciri-ciri pembangunan rohani dan fizikal yang gilang gemilang,” kata Ism Mil.

Seorang pembaca, Abdul, ketika memberikan pendapatnya menyelitkan petikan ayat suci al-Quran iaitu:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah Al Ahzab, Ayat 36)

Abdul berkata, kini terdapat segelintir orang Melayu jahil yang kononnya berpelajaran tinggi sengaja mempertikaikan ajaran agama Islam di negara ini.

“Saya pasti mereka tidak mendapat pendidikan Islam atau pengetahuan Islam yang mencukupi atau jahil dalam erti sebenar kerana kegagalan ibu bapa mereka untuk mendidik mereka dengan betul. Maka tidak hairanlah mereka membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan mempertikai hukum Allah tanpa menyedari akibat daripada kezaliman yang mereka lakukan.

“Seseorang yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam, atau yang sebelum ini telah memeluk Islam, menjadi murtad jika dia secara lisan menafikan apa-apa prinsip kepercayaan ditetapkan oleh al-Quran atau Hadis, menyimpang daripada ajaran Islam yang diluluskan (ilhad), atau jika dia atau dia melakukan kekufuran seperti bersikap biadab terhadap salinan al-Quran atau mempermainkan, mengejek, mempertikai atau mengingkari hudud,” kata Abdul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana