Video: Cerita meliwat kambing hingga mati gamatkan Dewan

Cerita Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifly Jusoh berkenaan kes meliwat kambing hingga mati menarik perhatian ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat, petang Selasa.

Bekas Majestrit itu ketika membahaskan titah Yang di Pertuan Agong ditanya oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad sama ada beliau pernah mengendalikan kes liwat.

Dr Nik Mazian mencelah meminta beliau berkongsi kes liwat yang sama dengan yang berlaku dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

sesi parlimen“Pengalaman saya (sebagai Majestrit)  ada satu ke seorang budak umur 21 tahun meliwat kambing…ikut belakanglah,  hingga mati, saya bagi hukuman (penjara) 20 tahun ” katanya.

Jawapan beliau menimbulkan gelak ketawa dalam Dewan.

Che Mohamad  turut menyentuh isu penahanan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan menyatakan polis tidak salah guna kuasa.

Katanya, penahanan itu mengikut proses undang-undang yang ditetapkan. Selepas penahan selama 24 jam dibuat, Nurul Izzah dilepaskan setelah keterangan diambil bagi siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung teks ucapan Ketua Pembangkang yang dibaca Nurul Izzah ketika berbahas di Parlimen, Selasa lalu.

“Jika melebihi 24 jam itu baru tidak mengikut undang-undang dan tidak ada salah guna kuasa setelah penahanan diberikan Majestrit” tegasnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu yang diutarakan Ahli Parlimen DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, pada Selasa.

Turut mencelah Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang menyelar tindakan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Pembangkang yang mentafsir undang-undang mengikut kepentingan politik mereka.

Celahan itu turut dipersetujui Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang menegaskan pihak pembangkang membaca undang-undang separuh jalan.

Che Mohamad turut menjawab desakan PKR mahu Ketua Pembangkang menghadiri Dewan Rakyat.

Katanya, Anwar sebagai Ketua Pembangkang sebagai banduan tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara..

Ia tertakluk dibawah Seksyen 3 (2) (i) yang mana tertakluk dibawah bidang kuasa dan budi bicara Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

Ikuti rakaman perbahasan Che Mohamad di Dewan Rakyat pada petang Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana