video: Aisyah Tajuddin terima ancaman bunuh, rogol

BANGI, 20 Mac – Wartawan BFM Kupas, Aisyah Tajuddin, gadis yang dikaitkan dengan klip video menghina hukum Allah seperti didedahkan Ismaweb.net malam tadi, dilaporkan menerima ugutan bunuh dan rogol daripada pihak tertentu selepas aksi dan ucapannya dalam klip video itu menjadi viral di Facebook (FB).

Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menyatakan siapa dan bila ugutan bunuh serta rogol itu dibuat dan adakah Aisyah sudah membuat laporan polis terhadap ancaman ke atas dirinya itu.

Sebaliknya, stesen radio berkenaan memohon maaf dan lebih banyak menjelaskan ‘Projek Dialog BFMKupas’ tidak bermaksud untuk mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut.

Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai.

Bagaimanapun, klip video itu masih boleh ditonton dalam laman FB. (Klik logo dibawah untuk menonton klip video berkenaan)

BFM Media dan Projek Dialog turut mempertahankan Aisyah yang telah menerima ugutan bunuh dan rogol.

Menurut kenyataan tersebut, Aisyah adalah hos pengganti dan bukan hos tetap.

“Dia bukan penulis skrip video berkenaan dan pandangan video yang tidak mencerminkan pendirian peribadinya mengenai isu itu,” kata BFM dalam kenyataan itu.

“Kami mengecam perbuatan ugutan dan ancaman teruk yang ditujukan kepada Aisyah. Ugutan sebegitu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara ini, malah tidak mempynyai tempat dalam masyarakat yang mengutamakan keamanan,” kata BFM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana