Tunjuk bukti Umno taja calon bebas...Inilah Cara PR Berpolitik

KUALA TERENGGANU – Pemuda Umno Terengganu membantah dakwaan pihak tertentu bahawa Umno dan BN menaja calon bebas di Dun Chempaka.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar meminta pihak yang membuat dakwaan tampil menunjukkan bukti jika Umno dan BN benar-benar terlibat dalam tajaan terbabit.

Menurutnya, pendirian Umno dan BN amat jelas untuk tidak mengetengahkan calonnya pada PRK itu dan penegasan tersebut terbukti apabila tiada calon BN tampil pada hari penamaan calon, 10 Mac yang lalu.

“Jadi, kita sebenarnya tidak tahu adakah mereka benar-benar mendapat tajaan dan kalau ada bukti, tunjukkan bukti. Kalau tiada bukti jangan main politik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas pertandingan lima penjuru di PRK Dun Chempaka yang memperlihatkan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood bertanding melawan empat calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary yang pernah bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan
Kembang, Fadzillah Hussin, bekas Naib Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood dan bekas kakitangan awam, Aslah Mamat.

Mohd Johari berkata, mana-mana pihak boleh membuat spekulasi mengenai perkara itu jika bercakap tanpa bukti sambil memberitahu pihaknya juga boleh membuat tuduhan terhadap pihak lain termasuk Pas apatah lagi parti itu ketika ini berpecah dua dengan kewujudan Pasma yang menentang kepimpinan ulama.

Jelasnya, jika mana-mana pihak sewenang-wenangnya menuding jari kepada pihak lain, mereka juga akan dituding dengan tuduhan yang sama.

Dalam masa sama, beliau turut menganggap spekulasi tersebut sebagai agenda membunuh perpaduan Melayu dan Islam serta mengikis kepercayaan Pas terhadap keikhlasan Umno dan BN untuk membantu membangunkan Kelantan yang dilanda bencana banjir terburuk  pada musim tengkujuh lalu.

Beliau turut berharap BN terus memperkasa usaha menangani banjir di negeri itu dan bersedia untuk menghantar bantuan tanpa cuba menimbulkan isu politik.

“Ini menunjukkan politik Umno berjiwa besar untuk membela nasib rakyat Kelantan yang dilanda banjir,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana