Tuc Tok Usin Ceroi batal hasrat mahu dedah identiti diri

SHAH ALAM: Pengendali laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi yang pada awalnya mengumumkan hasrat untuk mendedahkan identiti dirinya tepat jam 5 petang tadi, akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat tersebut.

Menerusi satu status yang baru dimuatnaik sebentar tadi, pengendali laman berkenaan berkata hasrat itu dibatalkan kerana 'dihalang' oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr  Hatta Ramli.

Dalam status berkenaan juga, pengendali tersebut turut memuat naik satu imej paparan skrin Whatsapp daripada perbualan berkumpulan, yang menunjukkan mesej Dr Hatta yang 'melarang' secara sinis pendedahan identiti itu.
Pengendali itu sebelum ini berkata akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, tepat jam 5 petang nanti.

Usin Ceroi berkata tindakan itu bakal dibuat memandangkan 'jebon' yang menjadi sasarannya dalam pendedahan berhubung gerakan menjatuhkan kepimpinan ulama PAS, mula melancarkan perang saraf untuk mengenalpasti siapa dirinya yang sebenar.

"Memandangkan jebon dah main saraf dok fitnah pelbagai orang sebagai Tok Usin, hingga timbul pelbagai masalah kepada mangsa-mangsa yang dituduh sebagai Tok Usin, maka biarlah tok dedahkan siapa diri tok yang sebenarnya supaya tak timbul lagi fitnah terhadap individu lain.

"Tok sendiri yg akan dedahkan diri tok yg sebenarnya pada pukul 5 nanti dan semoga jebon berpuas hati bila tok dedahkan diri tok yg sebenarnya," katanya di laman Facebooknya.

Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab melakukan beberapa pendedahan termasuk pendedahan rakaman audio mirip suara Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang ketika itu sedang memberikan taklimat mengenai gerakkan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Usin Ceroi juga mendakwa mempunyai bukti-bukti yang mengaitkan beberapa pemimpin kanan PAS dalam gerakan itu.

Sepanjang serangan itu dibuat Usin Ceroi, beberapa nama pemimpin PAS disebut-sebut, namun beliau tidak pula mengesahkan mereka terlibat dengan gerakan itu.

Antaranya, Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkelfly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad dan banyak lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana