Tindakan DAP tamat kerjasama dengan Hadi ada muslihat

BANGI, 24 Mac – Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan kerjasama ‘hanya’ dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai sesuatu yang aneh dan lebih kepada kepentingan politik.

“Tidakkah aneh keputusan mereka itu?

“Kenapa tidak tendang sahaja PAS keluar dari PR (pakatan rakyat)? Bukankah itu jalan yang terbaik?

“Jadi pada saya, apa yang DAP buat sekarang ini semuanya untuk kepentingan politik,” kata Dr Jeniri ketika dihubungi wartawan Ismaweb mengulas keputusan Jawatankuasa Pusat DAP yang membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Abdul Hadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi kerana bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. isma-slv-front-24

Bagaimanapun, parti itu tidak menyatakan pendirian sama ada akan terus bekerjasama dengan pemimpin PAS yang lain atau parti itu sendiri.

Beberapa pemimpin PAS sejak kebelakangan ini dilihat lebih rapat dengan pemimpin DAP daripada rakan sendiri dalam parti.

Dr Jeniri yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), berkata keputusan itu dengan jelas menunjukkan DAP mempunyai kepentingan politik, sedangkan mereka masih memerlukan PAS untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya.

“Jika mereka buang PAS, PR akan terencat. Sebab itu mereka hanya tujukan kepada Haji Hadi, tidak pada keseluruhan PAS.

“Kerana mereka sedar untuk menuju ke Putrajaya mereka perlu ketiga-tiga parti walaupun berlainan pendekatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana