Tiada Sambutan....Himpunan #KitaLawan Gagal Dapat Sokongan PAS, DAP?

 KUALA LUMPUR 7 Mac - Perhimpunan #KitaLawan yang bermula jam 3 petang ini dikatakan tidak mendapat sebarang sokongan rasmi dari pihak PAS dan DAP.

Sehingga hari ini, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada para pemimpin dan ahli parti agar menyertai perhimpunan tersebut.

Malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam mengeluarkan arahan melarang mana-mana wakil rakyat dari negeri itu menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Para peserta yang menyertai protes itu hari ini dijangka berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo.

Perhimpunan #KitaLawan di Sogo itu menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Mereta juga mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana