"Terima Kasih, Syukur Kepada Allah" - Zakia Aliep

SANDAKAN: "Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT," kata Lans Koperal Zakia Aliep yang dibebaskan pada Sabtu selepas diculik kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, tahun lepas.

Anggota pasukan Polis Marin itu berterima kasih kepada kerajaan atas usaha berterusan membebaskannya selepas diculik kumpulan bersenjata itu pada 12 Julai tahun lepas ketika sedang melakukan rondaan di sebuah resort di pulau berkenaan.

"Terima kasih terutamanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) serta Polis Diraja Malaysia khususnya pengarah cawangan Khas dan timbalannya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar oleh Musa untuk mengumumkan pembebasannya di sini, Sabtu.

Zakia, 26, tiba di Sandakan kira-kira pukul 7 pagi ini dan selepas berjumpa dengan Musa, dia diiringi pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.

Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna.

Kejadian 11.10 malam itu turut mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana