“Terima kasih kepada penyokong, minta maaf ya”

SHAH ALAM - Penceramah terkenal tanah air, Datuk Mohd Kazim Elias mengucapkan penghargaan terima kasih kepada penyokong serta peminatnya dan meminta maaf kepada mereka atas keputusannya untuk menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen selepas ini.

Katanya, beliau sangat terharu dengan rayuan mereka yang memintanya supaya menarik semula keputusan tersebut, namun jelasnya permintaan mereka mungkin tidak mampu untuk beliau realisasikan buat masa kini.

“Terima kasih semua, rupanya ramai yang menyokong saya tetapi tidak mengapalah, saya baik-baik sahaja,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Namun pun begitu, Kazim berkata, beliau tetap berlapang dada dan menanggap isu ini sudah selesai.

“Biarlah saya tenang, saya tidak mahu mengganggu pelajar saya kerana bila saya terus keluar di kaca televisyen mungkin ramai yang sakit hati, nanti mereka mungkin bergaduh pasal saya, jadi biarlah mereka belajar dengan tenang tanpa gangguan,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Online mendapati sejurus selepas Ustaz Kazim membuat pengumuman tersebut, ratusan komen membanjiri Facebook Ustaz Kazim bagi menyatakan sokongan terhadapnya.

Antaranya Rashid Achip yang merayu agarUstaz Kazim tidak berhenti berceramah.

“Janganlah berhenti ceramah di TV, bukan semua dapat pergi ceramah UKE, tidak acilah macam ini,” tulisnya.

Sementara itu, Munirah Mustafar berkata, peluang dia untuk melihat UKE selepas ini mungkin terpadam dek keputusan itu.

“Ustaz Mohd Kazim Elias janganlah berhenti berdakwah di TV...Saya hanya ada peluang dengar ceramah ustaz di TV je....nak turun padang tiada  peluang sebab suami saya keluar kerja gelap dan balik kerja pun hari gelap...’please’...biar apa orang nak kata, niat kita itu ALLAH tahu...ALLAH selalu  lindungi hamba-NYA yang teraniaya,” tulisnya.

Manakala menurut Muhammad Adib, beliau berharap UKE kuatkan semangat.

“ Ustaz, jangan berhenti ceramah di TV, biarlah apa orang hendak kata apa pun, yang pasti ramai lagi yang gemar dengar ceramah ustaz, kuatkan semangat, saya tetap sokong ustaz,” tulisnya.

Sementara menurut, Faizah Amran, dia sedih dengan berita tersebut.

“Sedih dengar pengumuman ustaz malam tadi, apa-apa pun ustaz..teruskan berdakwah.semoga dipermudahkan segalanya, amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut Alexander Razali pendekatan UKE berjaya menarik anak muda dan dia kecewa dengan keputusan UKE.

“Ustaz...saya bebetul kecil hatilah dengan ustaz, bukan senang hendak tarik jiwa muda dengar ceramah hanya orang tertentu sahaja yang ALLAH bagi bila seseorang itu bersuara masuk menyelinap dalam hati,” tulisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana