Tak salah pemimpin DAP berjudi, minum arak!

Baru-baru ini tersebar video di media sosial seorang lelaki mirip pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP yang sedang khusyuk bermain judi ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Sehingga ini, ia masih belum dinafikan oleh pemimpin tersebut.

Persoalannya, salahkan pemimpin DAP yang kafir itu bermain judi?

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai, berkata parti itu melarang kegiatan berjudi di kalangan ahlinya walaupun ia tidak melibatkan wang.

Namun, bagi seorang kafir yang belum mendapat hidayah memeluk agama Islam, kesalahan berjudi tidaklah sebesar kesalahan rasuah atau songlap wang rakyat berbilion ringgit oleh sesetengah pemimpin politik parti lain.

Selain budaya berjudi, pemimpin DAP juga tidak segan silu bergambar dengan gelas arak ketika musim Oktoberfest tahun lalu.
Jika bergambar memegang gelas berisi arak, secara logik pasti air syaitan itu diminum, cumanya tidak tahu berapa gelas atau berapa botol yang habis ditunggang.

Biarlah berapa banyak pun botol arak ditunggang, ia tetap tidak dikira sebagai kesalahan kerana mereka tidak pernah terfikir pun mempertahankan agama Allah.

Sebagai parti yang menyokong kebebasan individu dan hak asasi manusia, berjudi dan meminum arak bukanlah satu isu yang besar.

Selain berjudi dan meminum arak, pemimpin DAP juga telah memanggang lima ekor babi sebagai sambutan kemenangan menawan lima buah negeri daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Telah menjadi hak mereka untuk memanggang mahupun meratah lima ekor babi itu.

Tambahan pula, agenda memartabatkan agama Islam di Malaysia bukan perjuangan parti itu.

Nah, jika berjudi, minum arak dan makan babi tidak menjadi kesalahan bagi puak ini, apa lagi yang kita hiraukan?

Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana