Tak boleh cara itu...nak cuba cara ini pula agar 'suara' Anwar kedengaran di Parlimen

Entahlah dibawah peraturan Parlimen mana yang nak digunapakai.Sebelum ini tidak pernah dengar ada orang boleh cakap dalam perbahasan di Dewan Rakyat bagi pihak orang lain.

Namun bagi Pakatan dan PKR mereka seolah merasa dunia mereka yang punya dan semua peraturan kena ikut kehendak semberomo mereka.

Bukankah liwat tetap liwat dan salah tetap salah.Apa yang nak memekak lagi setelah Jabatan Penjara Malaysia menolak permohonan tak masuk akal untuk dibenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersalah meliwat hadir pada sidang Dewan Rakyat bermula 9 Mac ini.

Tak boleh cara itu kini timbul pula isu baru Pakatan tetap nak 'suara' Anwar sebagai Ketua Pembangkang berkemundang di sidang Dewan Rakyat.

Alasan,semata-mata Anwar masih Ahli Parlimen sementara menunggu keputusan permohonan pengampunan dari keluarganya.

Anaknya,Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Khamis dalam kenyataan bertekad mahu ucapan Anwar disampaikan semasa perbahasan ucapan terima kasih atas titah Yang Dipertuan Agong.

DAP dikatakan bersetuju agar Nurul Izzah sendiri menyampaikan ucapan itu bagi pihak bapanya.

Namun setakat ini tidak dapat dipastikan samaada ia langkah sampaikan ucapan perbahasan bagi pihak ini dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sesi perbahasan itu dijadual bermula pada Selasa 10 Mac selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Kebiasaan Ketua Pembangkang orang kedua bangun berucap berbahas selepas wakil kerajaan berucap.

Yang Dipertuan Agong dijadual merasmikan sesi sidang Parlimen kali ini pada Isnin 9 Mac.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana