Syed Mokhtar kekal Melayu paling kaya... tapi ketinggalan jauh berbanding Robert Kuok

Ini senarai orang Melayu paling kaya di Malaysia mengikut maklumat yang dikumpul oleh majalah perniagaan, Forbes dan malangnya semua mereka kalah jika dibandingkan dengan gabungan kekayaan dua orang bukan Melayu iaitu Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krisnan.
Orang Melayu paling kaya tak perlu dipertikaikan lagi Tan Sri Syed Mokhtar Al­bukhary, 63, merupakan ahli perniagaan Melayu terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion).

Syed Mokhtar yang memulakan kariernya sebagai pedagang beras dan kini menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. Syarikat-syarikatnya itu juga berjaya memenangi beberapa projek utama kerajaan seperti pengangkutan dan komunikasi.

Selain itu, perniagaannya turut meliputi industri tenaga, perladangan, pelabuhan dan pembekalan pertahanan.

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah itu, Syed Mokhtar berada di kedudukan kelapan.

Bagaimanapun beza antara kekayaan orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini kekal tinggi.

Tan Sri Robert Kuok berada di kedudukan teratas dengan kekayaan AS$11.3 bilion (RM40.7 bilion)

Manakala T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion (RM34.9 bilion) menerusi jenama perniagaan Astro dan Maxis.

Jumlah kekayaan kedua-dua mereka jika digabungkan melepasi semua kekayaan orang Melayu lain dalam senarai majalah perniagaan dan kewangan Forbes itu.

Selain Syed Mokhtar Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank, merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan nilai kekayaan AS$865 juta (RM3.11 bilion), lapor Utusan Malaysia.

Tempat ketiga ialah adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin yang merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana). Kekayaan terkumpul kedua-dua beradik itu ialah AS$860 juta (RM3.10 bilion).

Seterusnya ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dengan nilai kekayaan sebanyak AS$740 juta (RM2.66 bilion). Beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil.

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir turut berada di dalam senarai keenam terkaya dengan kekayaannya AS$700 juta (RM2.52 bilion). Beliau baru-baru ini meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah SapuraKencana, tetapi masih mengekalkan 9.12 peratus kepentingan dalam syarikat itu menerusi syarikat Khasera Baru.

Akibat kejatuhan harga minyak dunia serta kesannya kepada saham SapuraKencana, majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-26 terkaya di Malaysia dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.52 bilion).

Melayu terkaya berikutnya ialah Ahmayuddin Ahmad dengan kekayaan AS$600 juta (RM2.16 bilion).

Beliau bersama orang ke-17 terkaya di Malaysia, Tan Sri G. Gnanalingam merupakan pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings.

Kekayaan Ahmayuddin melonjak 36 peratus menurut Forbes hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun turut berada di dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS$540 juta (RM1.94 bilion) yang mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Melayu terakhir yang berada di dalam senarai tersebut ialah Datuk Abdul Hamed Sepawi yang terlibat dalam industri pembalakan menerusi syarikatnya, Ta Ann Holdings dengan kekayaan AS$255 juta (RM918 juta).

Selain itu, beliau turut terlibat di dalam sektor kelapa sawit, pembinaan dan O&G.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana