Sungguh HINA Sekali...! Maruah Hadi Awang Dibawah Tapak Kaki Pimpinan DAP...?

Sejak kepanasan dengan khabar berita parti PAS akan menunaikan impian mereka mahu melaksanakan HUDUD, nampaknya pimpinan DAP semakin menggelupur...!

Sebut sahaja PAS mahu laksanakan HUDUD, maka pimpinan DAP menjadi sep[erti cacing kepanasan, ibarat sepasang ibu bapa berbangsa melayu beragama islam dapat dapat anak mereka makan babi dan minum arak.... Begitulah lebih kurang!

Kini, nama Hadi Awang semakin meniti dibibir pimpinan DAP dengan penuh rasa kebencian..Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah menyatakan permohonan maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas membuat kenyataan mengkritik Presiden PAS itu, Ahad lalu.

Zairil berkata, dakwaan tersebut yang dikatakan dibuat selepas mendapat bantahan dari Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Muhammad Noor Muhammad adalah tidak benar dan beliau tetap kekal dengan kenyataannya.

Menurutnya, dalam surat bantahan yang diserahkan kepadanya oleh PAS Wilayah Persekutuan semalam, mereka menjelaskan bahawa calon Labuan bertanding (Pilihanraya Umum 13) menggunakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan bukannya Hadi.

“Saya bersedia untuk mengakui bahawa surat kebenaran itu mungkin belum ditandatangani Hadi, tapi ia tidak mengubah fakta bahawa Hadi telah membenarkan perlawanan tiga penjuru di tujuh kawasan melibatkan calon PAS menentang PKR, akhirnya BN memenangi kesemua tujuh kerusi itu

“Saya juga tidak akan memohon maaf kepada Hadi dan berdiri teguh dengan kenyataan saya bahawa kepimpinan beliau telah melakukan tindakan pengkhianatan yang mampu menggagalkan bukan saja Pakatan Rakyat tapi harapan serta aspirasi 52 peratus rakyat yang mengundi untuk perubahan dalam pilihanraya lalu.

“Perlawanan tiga penjuru itu iaitu enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen melibatkan PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu berlaku di bawah kepimpinan Hadi,” katanya.

Selain perlawanan tiga penjuru di tujuh kawasan, dalam kenyataannya sebelum ini, Zairil turut berkata bahawa masa depan PR malap jika Hadi terus menerajui PAS.

Beliau menegaskan, ia berdasarkan banyak tindakan khianat yang dibuat selama ini, termasuk menentang keputusan kolektif mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor, kegagalan membincangkan butiran enakmen hudud di Kelantan sebelum ia dibentangkan dan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana